Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 21
            “Aku terima nikahnya Nur Farahin binti Jamal dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai….” Dengan sekali lafaz sahaja Pa’e sekarang sudah menjadi milik Alik. Alhamdulillah, mereka sudah menjadi suami isteri.
            Pa’e menitiskan air mata gembiranya dengan senyuman kebahagiaan dibibir. Dia betul-betul gembira. Akhirnya berkahwin juga mereka, dulu mereka di sekolah. Teringat aku saat dimana mereka dipasangkan sebagai pasangan di majlis annual dinner secara kebetulan. Jodoh…
            Pengantin perempuan menyalami tangan mengantin lelaki sebagai tanda hormat manakala pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan sebagai tanda sayang. Wow… Sweetnya…
            Dimajlis ini, aku berjumpa kembali sahabat-sahabat abangku. Epul, Shah dan Arel. Epul sekarang bekerja sebagai arkitek dan Shah pula menjadi usahawan meneruskan perniagaan keluarganya manakala Arel pula masih belajar dalam bidang perubatan di Rusia. Mereka semua nampak segak dengan gaya mereka yang terendiri.
            Tak sangka aku, rupa-rupanya pengapit pengantin lelaki ialah Arel. Baju kami memang dah sama warna dengan pengantin. Aku juga terpaksa bergambar bersama Arel di atas pelamin. Semua kerja sahabat-sahabat kita orang. Memang saja je mereka ni nak aku mengaum atas pelamin. Malu aku dibuatnya, dah macam aku pula yang kahwin dengan Arel. Apalah nasib badan…

Handsetku berbunyi tanda mesej masuk. Unknown number… Siapalah yang mengacau aku tengah malam-malam buta ni. Mental betul la…
                        Salam… aq gnggu ko ke?
             Mesej dibiarkan tanpa balasan, malas ingin membalasnya. Handsetku berbunyi lagi tanda mesej masuk lagi.
                        AI? Ko bz ke?
            Mana tau aku AI? Aku rasa cuma sahabat-sahabat aku je yang panggil aku AI. Kawan aku ke?
                        W’salam… x aq x bz pon. Sape nie?
            Aku membalas mesej yang diberi kali kedua dengan penuh tanda tanya.
                        Guess la… Who’re me?
            Balas penghantar unknown ni. Nak main tarik tali pulak dengan aku. Ingat ada kuiz teka siapa saya ke? Biar je ar… malas nak layan.
                        Nie.. aq ar.. AREL
            Setelah setengah jam aku biarkan sahaja mesej ini tanpa balasan. Akhirnya dia berterus terang juga siapa dia.
                        Emm??? Mne dpt no aq… sape jual no aq ni? Ni yang nak mara ni..
            Arel?? Dia nampak betul-betul matang dari dulu. Epul kata Arel dah pencen dari jadi kasanova, dua bulan lepas aku keluar dari SMK Putra Omar.
                        Haha.. rahsia ar.. nanti habis org yg bg no ni kena msk ‘RENDANG’ dengan kau.
                        Kau dah ar kjam thp 20.. SINGA BETINA SMKPO pulak 2.. nak MENGAUM je tau.
            Selamba gajah je dia kata aku singa betina. Dah ar kata mengaum, piker aku haiwan ka? Hello.. Im a human okey…
                        Ko ni… nak ape?
            Aku bermain masej dengan Arel bercerita tentang itu dan ini. Aku lebih suka ceritanya dari berbicara. Ohh.. sebelum aku lupa. Sebenarnya, kawan-kawanku sudah tahu yang aku bukan anak orang biasa. Mereka benar-benar terkejut dengan identity sebenarku. Nasib baik abangku membantuku menerangkan kenapa kami berbuat begitu.
            Sejak berhubung dengan Arel, aku semakin senang dengan perangainya. Arel nampak lebih matang dari dulu. Senang berkongsi bermacam-macam cerita dengannya. Peristiwa lamaku hilang sedikit demi sedikit ketika bersahabat dengannya. Sungguh aku tak tahu puncanya.
             

Hari ini sudah masuk dua tahun, aku berkawan dengan Arel. Kami sepuluh sekawan akan keluar bersama untuk meraikan Arel yang telah mendapat kerja di Hospital Universiti Kebangsaan Malayia(HUKM).
            “Dah siap ke?” tanya abangku ketika aku turun ke dapur untuk bersarapan pagi. Aku mengangguk tanda sudah. Selepas siap bersarapan kami bertolak ke Teluk Batik bersama rakan-rakan kami dengan yang lain. Kami buat ala-ala konvoi ar…
            Aku menaiki kereta bersama abangku manakala Ot,Milo dan Epul menumpang kereta Arel. Pa’e dan Alik pula bernaiki kereta mereka bersendirian. Biasa pengantin baru basi, Malas nak kacau dorang dating dalam kereta. Shah memandu keretanya sendiri bersama kekasih hatinya. Aku tak tahu ar kekasih dia nombor berapa? Asyik tukar awek je…
            Sesampai sahaja ke Teluk Batik, aku berkelah sambil bermandi-manda. Selepas penat bermandi-manda. Arel mengajakku menaiki bot untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan.
            “Kenapa tak mandi?” soal Arel hairan kerana semua kawan-kawan kami mandi. Aku seorang je yang tak terjun. Kang aku terjun.. teluk batik ni jadi laut merah kang. Disebabkan malu untuk menyata perkara sebenar, tau tak pe aku balas?.....
            “Aku malas nak mandi… lagipun tak bawa baju spare part. Tertinggal…” bohongku.
            “Kesiannya, kat depan tu ada orang jual baju. Pergi ar beli…” Arah lelaki ini. Aku tidak berjawab, hanya membisu. Kang kalau cakap lagi… nanti aku tipu agi. Tak nak dapat dosa.
            “AI… aku.. aku..  nak cakap something… som…ething… dengan kau ni…” tergagap Arel bercakap. Sudah… bila part macam ni ar gagap aku nak datang. Jenuh aku fikir ayat kasanova aku. Bila cakap depan-depan.. ayoi.. gagap la pulak.. malunya. KAlau orang dengar aku cakap macam ni depan awek… sah dorang ini aku bukan exwomanizer…. Getus Arel dalam hati.
            “Gagap tiba-tiba ni apsal?” anehku dengan perangai Arel ni.
            “Tak da papa ar…” balasnya lemah. Macam mana nak cakap ni, lupa terus ayat yang aku karang malam tadi. Penat aku karang ayat romantika untuk mengayat AI malam tadi. Tiba-tiba.. hilang pulak dekat tengah laut ni. Kacau…
            Sedang sibuk melihat keindahan ciptaan tuhan, tiba-tiba. Handsetku berbunyi tanda mesej masuk ke inbox. Aku buka mesej lalu…..
                        AI… I love u so much. Trust me!!!!
            Mataku terus memandang muka Arel. Aku mengangkat kening double jerk. Tanda inikan penjelasan darinya. Arel mengangguk dan menyatakan mesej tu ialah apa yang isi hatinya ingin bicarakan dari tadi.
            Aku tidak menjawab kata cinta Arel kerana aku sama sekali tidak menganggapnya lebih dari kawan. Hanya persahabatan yang boleh aku berikan padanya. Tiada cinta di hatiku.. hanya rasa senang dengan sikapnya. Kuakui, dia ialah lelaki pertama yang berjaya berkawan rapat dan berhubung denganku. Tidak pernah ada lelaki lain yang rapat denganku sebagaimana aku rapat dengan Arel tapi Arel hanya sebagai kawan. Tidak lebih dari tu…
            Sejak peristiwa itu, aku terus mengelak dari berhubung dengan Arel. Terus-terusan mengelak darinya.