Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 16
          Lima bulan kemudian….
            Sudah masuk tiga bulan, aku jadi SPM candidates 2006. Lagi lapan bulan, aku nak exam SPM. Selepas tu, nak masuk universiti dan sambung belajar dekat situ. Lepas habis belajar, aku nak kerja dengan papa. Nak buli budak ofis puas-puas. Hahaha.. tingginya angan-angan.
            Sekeping surat elok terletak diatas mejaku, warna sampulnya merah menyala dengan bau haruman semerbak. Surat ni lagi… asyik surat ni. Bila aku datang sekolah je, surat tu ada. Bila surat tu ada je, aku datang sekolah. Bencinya ar aku… Cuba ar jangan membazir kertas. Tau tak, berapa banyak pokok kena tebang sebab nak buat sehelai kertas? Cuba ar jimat sikit. Geram betul aku…
            “Morning abang..”
            “Morning to my adik too…. Adik.. Dah tau ke sapa yang hantar surat ni kat adik?” soal abangku dengantak tahu malunya. Aku mengeleng tanda tidak tahu, pelbagai cara kami gunakan untuk mengetahui siapa penghantar surat ni. Dah tiga bulan aku dapat surat cintun ni, startnya pada hari pertama sekolah. Buat kecoh je.
            Dah macam-macam cara kita orang buat untuk tau orang sengal mana yang hantar surat ni. Sampai kita orang pernah pergi sekolah awal pagi semata-mata untuk tahu siapa penghantarnya, lepas solat subuh terus kami lima serangkai pergi sekolah. Pukul 6.15 aku, Ot, Pa’e, Milo dengan N dah tercongok dekat sekolah. Dua jam kami menyorok dalam kelas semata-mata nak tunggu budak tu hantar surat. Tiba-tiba surat dah ada atas meja. Aneh cucu ajaib betul.
            Bukan tu je, kita orang pernah ceroboh sekolah waktu malam pukul 2.30 pagi tau. Giler ar… Penat tunggu sampai azan subuh, tapi orangnya tetap tidak diketahui.  Entah macam mana kita orang careless sangat tiba-tiba surat dah ada atas meja. Hantu mana yang bagipun, aku tak tau?
            Semua benda yang kita orang plan diakhiri dengan kegagalan. Semuanya tidak berjaya sama sekali. Bukan setakat orang kita orang tak jumpa… jejak dengan bayang pon kita orang tak dapat. Apalah nasib…..
            Surat diatas meja kubuang dengan selambanya, muak dengan surat itu. Bencipun ada… Gelipun ada… Mual lagi ar ada. Ayat yang dia tulis memang… Perrrhhh…. TERBAIK bebenor. Romantika tahap  infinity tu…
            Surat yang kubuang dikutip oleh Pa’e. Dia memarahi aku kerana sikap kurang sopanku.
            “AI.. hormat ar apa yang orang bagi. Kalau tak sukapun, jangan ar remukkan past uterus buang. Sekurang-kurangnya baca ar. Hargai pemberian orang… Hormatkan penting.Kau tau tak.? Betapa susahnya dia nak buat ayat dalam surat ini? Kalau kau benci sangat… baca dan simpan jangan buang…” Cot-cet-cot-cet si Pa’e menasihat. Memang boleh jadi pakar motivasi ini. Ada gaya betul…
            “AI… nak baca.”Tiba-tiba si N datang dan mengambil surat itu untuk dibaca. Ayatnya sangat romantikus…. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab… dia tak berani tunjukkan dirinya yang sebenar.
            Kadangkala orang yang mencintaimu ialah orang yang sentiasa memerhatikanmu tanpa
 kau sedari kehadiranku. Sentiasa mencintaimu dalam diam. Salam sayang dariku buat
 puteri yang telah berjaya mencuri hati kecilku.
-         Pengemis cinta -

“Vaa… makin hari makin jiwang ayat dia. Kalau dia bagi aku, dah lama aku cair..” N buat gaya angau tahap serius. Bukan gaya angau je dia buat, gaya gedik plus gaya orang sakit jiwapun ada. Vaa.. parahhhh ni…
“Semalam punya surat mana? Aku tak baca lagi ar…” tangan molek N menadah. Meminta surat semalam.
Aku memuncungkan bibirku ke arah tong sampah. Membulat mata Pa’e dan N.
“Kau buang!!!!!” kedua-dua mahkluk ni menjerit dengan serentak. Ni kalau ear drum aku rosak ni.. tak lain tak bukan memang dua manusia ni punya kerja ar ni.
“Hehehe…” tersengih aku sambil menayangkan tanda peace no war terhadap kawan baikku ini.
“Mengada….” Kata sahabat-sahabat sejatiku ini.


“AI…. Tunggu.”jerit Arel dari luar koridor ketika aku menuruni tangga.
            “Wait for me…” jeritnya lagi. Takda kerja ke mamat ni suruh aku tunggu dia. Tak pernah-pernah jadi tarzan, hari ni tiba-tiba jadi tarzan. Tengok style lari, nasib baik still cover macho. Takut juga aku tiba-tiba hari ini Arel jadi hancur.
            Setelah sampai dihadapan aku, Arel tersengih menayang barisan gigi yang cantik lagi putih plus teratur. Tersengih-sengih, dah macam orang angau plus sakit jiwa je aku tengok.
            “Nak apa?” soalku kasar. Tersengih-sengih, kalau hensem tak pe jugak. Hehehe… tapi dia memang hensem ar nak buat macam mana?.
            “Kasarnya.. macam singa betina nak terkam makanan je…” rungutnya.
            “Baik cakap… sebelum aku jadi singa betul-betul dan terkam kau.” Ugutku pula. Tak manis rasanya jika orang nampak kami duduk berdua dekat tangga ni. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap kering kita orang berdua.
            “Lupa ke? Hari ni hari apa? Ada apa?” soalnya dengan muka penuh berharap.
            “Hari isnin…  Pagi tadi ada perhimpunan. Tu je yang aku ingat…. Asal?” balasku kasar.
            “Jumpa kau ingat hari ni birthday siapa?”
            Muka berharap Arel semakin berharap dari tadi. Aku pula jenuh memikir, hawri birthday siapa? Birthday aku ke? Tak mungkin… abang tak wishpun. Bukan la tu…
            “Emmm…. Birth…day….” Jenuh aku buka semua dokumen memori dalam otak aku tapi jumpa-jumpa gak.
            “Ha? Siapa? Siapa?” excitednya lelaki bernama Arel ini. Bila aku fikir-fikir balik, baru aku teringat. Mesti ar birthday Arel, kalau tak mesti dia tak excited sampai tahap ni.
            “You… your birthday right? Anyway.. happy birthday and I wish Allah will bless you.” Kataku sambil melemparkan senyuman.
            “Thank you…. Nasib baik kau ingat. Senang hati aku…”
            “Most welcome… anyway aku tak da hadiah untuk kau ar. Sorry..”
            “tak kira nak hadiah jugak… nak jugak…” dah macam gaya budak kecik mengamukpun ada. Terhentak-hentak kaki tu kat simen tangga. Buat ar sampai hilang kaki kau tu macam ar aku kisah.
            Aku berjalan turun dari tangan tanpa mempedulikan rengekkan Arel. Dia ni apsal tiba-tiba jadi kanak tak cukup tidur ni? Mengada-gadanya la. Kalau peminat nampak ni… confirm peminat tu pencen daripada menjadi peminat Tengku Amir Airel.
            “Yela… nak ambik bunga ni.”Bunga mawar merah disebelahku dicapai lalu diberikan kepada Arel. Nasib baik lepas dapat bunga tu, budak kecik ini terus diam. Dah tak merengek-rengek macam tadi buat sakit telinga je.
            “Hehe… yahoo. Nah rantai dengan gelang ni, simpan tau. Jangan sampai hilang.” Kata Arel lalu berlari meninggalkanku. Aku tersenyum, macam perangai ar lelaki ini. Pelik betul.. Gelang dan rantai yang diberikan disimpan di dalam kocek sebelum berlalu pulang ke aspuri.
Tak disedari sepasang mata sedang melihat agenda Arel dan Putri dalam senyap. Hatinya terbakar dengan kelakuan dua manusia ini. Benggang sungguh kerana pemberian yang diberi Arel berjaya membuat Putri tersenyum. Segala memberiannya kepada Putri langsung tidak memberi keceriaan kepada gadis dihatinya itu. Sebaliknya, pemberiannya terus sahaja dibuang ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah. Putri juga memberi bunga mawar kepada Arel seperti memujuk Arel. Aduh.. pedihnya rasa hati ini.
            “Kenapa Putri tak hargai pemberian aku? Kenapa Putri menyampah dengan pemberian ikhlasku? Kenapa Putri bagi Arel bunga? Kenapa dia tak bagi aku? Kenapa dia suka Arel? Kenapa dia tak suka aku? Kenapa???” jerit pengemis cinta. Hatinya sakit dihiris rasa cemburu kepada Arel.
            “Kalau aku tak dapat Putri… Arelpun tak akan dapat. Aku akan pastikan Putri milik aku tak kira cara apapun… Kalau buat cara baik, dia tak hargai. Tengok ar apa aku akan buat dekat kau Putri. Aku akan pastikan kau melutut Putri….” Semangat pengemis cinta menyuarakan hasratnya.
            Tiba-tiba datang satu suara menyampuk.
            “Aku boleh tolong kau.. kalau itu yang kau nak.” Pengemis cinta tersentak. Suara siapa ini?
            “Kau boleh tolong aku?” soal Pengemis cinta meminta kepastian.
            “Mesti ar… Deal?”
            “Deal…” balas pengemis cinta. Mereka gelak bersama-sama umtuk meraikan persetujuan yang dibuat.








No comments:

Post a Comment