Pages

Thursday 24 November 2011


BAB 7

            Aku masuk ke kelas dengan muka yang muram dan sedih. Masuk sahaja ke kelas, aku terus menangis ditempat dudukku. Menangis sepuasnya tanpa memikirkan orang disekeliling. Meluahkan semua yang tersurat dihati. Abangku disebelah, aneh melihat adiknya menangis.
            “Kenapa ni dik? Kenapa menangis ni... cuba cerita dekat abang?”pujuk abangku risau.
Sahabat melihat kehairanan. Apa telah berlaku? Kenapa AI menangis? Cikgu Borhan mengamuk ke? Sampai menangis perempuan ni....
“Asal dengan kau ni? Cikgu bos kasi apa sampai kau menangis sakan ni?” Tanya N gusar. Aku tetap diam, hanya menangis tanpa menjawab.
            “Kenapa dengan adik kau ni?” Tanya Alik pelik. Tak pernah-pernah meleleh tiba-tiba hari ni, buat pertama kalinya AI meleleh.
            Kawan-kawan abangku datang mendekatiku seorang demi seorang.
            “Asal ni?” Tanya Arel dan Shah dengan muka yang pelik.
            “N, asal AI menangis sampai banjir ni.” Tanya gengku yang lain.
Tiba-tiba...
“Pemenang pelakon wanita terbaik tahun ini jatuh kepada AI...” kata Epul tersengih. Dia juga termasuk dalam plan ini.
            “Gurau je ar.. mana ada aku menangis.” Jawabku selamba sambil mengangkat muka tidak bersalah.
            “ Oit.. menipu kau. Buat aku risau tahap monyet je tengok kau menangis tersedu-sedu ni..” Ujar Pa’e geram.
            “Adik... berani ar buat abang risau lagi. Nak abang denda ke?” soal abangku yang kacak ini benggang. Pipiku ditarik tanda tidak puas hatinya kerana menipu dia.
            “Sakit ar... jangan ar cubit pipi gebu aku.” Marahku dengan perbuatannya.
            “Aku??? Nak kena sumpah jadi adik derhaka ke?” Tanya abangku dengan mata terbeliak. Ecece.... konon garang ar...
“Yela... adik salah. Sorry....”Jawabku sambil mengusap pipi  yang sudah kemerahan akibat cubitan bisa abangku.
“Nape ko kena block dengan cikgu bos tadi?” tanya N risau.
                                                                                                                                                            “Cikgu bos?” soalku semula.
“Cikgu Borhan tu… kami panggil dia cikgu bos. Sebab dia itu kuat mengarah… tapi dia baik ar….” Jawab Shah selamba. Hehehe… baru tau cikgu tu suka mengarah…..
“Ooo… abang tau tak yang cikgu tu dipanggil cikgu bos?” Aku pandang muka abangku untuk menanti jawapan.
“Don’t you try to change the topic…. AI..”Hehehee…. macam tau-tau je Alik ni. Aku cuba tukar topik.
“Hehehe…. Mana tau ni…?”
“Perangai kau tu semua aku dah simpan dalam kocek seluar aku…” jawab Alik lagi..
“Ceh.. simpan konon… kau minat aku ye….?”
“Kau kalau bab naik moto bawak sendiri memang pas dekat ko ar… menang tanpa bertanding… Perasan tak sudah…” katanya lagi.
“Oit…. Kau orang berdua.. jangan nak buat drama komedi pulak… I wanna to know about the topic back… between you and cikgu Borhan.. Let me know now..” jerit Ot pula menyampuk…
“Isk.. sabar ar.. nak belok sikit pon tak boleh… apa ar korang ni tak tau sabar ke?”jeritku pula.
“Dah jangan nak buat filem orang kena histeria kat sini.. terjerit-jerit.. kalah beruk kat hutan tu…” sampuk abangku pula.
“Berani abang cakap adik beruk… nak kena ni….. Balik nanti adik….”bicaraku tergantung apabila semua kawan-kawanku memangil namaku.
“AI… direct to the topic between you and our teacher now….”
Aku tidak menjawab sebaliknya meletakkan sampul surat yang berwarna putih itu di atas meja.
Isi suratnya…..
Tahniah kepada Cik Putri Iman Armani binti Mohammad Ehsan Iskandar kerana anda telah terpilih untuk menyertai kem selama seminggu di…… bla… bla.. bla…….
“ So puas?”
“Serius ke? Kau yang terpilih ni?” tanya Pa’e dengan mulut ternganga. Tutup Pa’e… Malu orang tengok anak dara ternganga.. tak da orang minat nak masuk meminang.. baru tau.
“Tak de la…. Iman Armani yang terpilih.. bukan aku…” jawabku sambil tergelak.
“ Ceh…. Ngada-ngada…” Jawab N sambil tergelak.
“Vaaa…. congratulations ar to my beloved adik… mesti mama bangga adik dapat pergi…”Abang berkata sambil tangan menarik pipiku ni. Aku tidak membalas cakapnya sebaliknya aku menarik pula pipinya sebagai mangsa mak ketam tanganku…
“ Adik…sakit la…”
“Siapa suruh cubit pipi orang… rasakan bisa mak ketam adik….”
“ Tau tak… kalau orang tengok korang… mesti tak caya korang ni adik beradik.” Ujar Shah dengan matanya tepat kearah aku dan abangku.
“Tau tak pe.. sweetnya bukan main lagi.. dah macam sweet couple aku tengok…”N mengiakan kata-kata Shah  sambil mengeleng kepala.
“Suka hati la…” kata kami serentak.
            “Ko pergi dengan sapa camping tu nanti… ? Lelaki yang malang mana yang akan jadi partner kau …?” tanya Shah lagi.
            “Malang? Ayat memang kasi telinga panasss je…. Kau nampak tak tak.. lelaki yang tengah berdiri dekat depan pintu tu?” ujatku sambil memunjungkan mulut ke arah yang di tuju.
            “Yang mana satu? Ada dua ar….” Jawab abangku pula.
            “Yang tersengih macam kerang busuk dapat bonus tu ar…”kataku selamba.
            “ EPUL…?????” Serentak mereka berkata..
            “ Tak la… Saiful… Dia ar lelaki yang malang tu.” Jawabku dengan riak biasa…
            “ Oit.. berani ni kau komplot dengan adik aku… siap kau…” jawab abang tercinta sambil lari kearah Epul. Arel, Shah, Alik pun join sekali kejar Epul. Kesian dia kena  serang….
            “Oit ….   Tak yah nak buat muka mentarang busuk kau tu… sebab kau pun akan kena serang sebab tipu kita orang… menangis ye… biar aku buat kau betul menangis…” terkejutku apabila Milo berkata macam tu.
            “Apa tunggu  lagi… SERANG!!!!!” sudah… perang dunia nak meletup ni.. apa tunggu lagi. LARI AR…. MAMA TOLONG PUTRI….


Tengah kami main kejar-kejar…. Abangku datang kepadaku..
            “Adik emergency …. Tok ma masuk hospital..” jawab abangku dengan wajah risaunya.
            “What????” Aku terus terduduk diatas simen koridor kerana terkejut dengan berita itu. Tok ma ialah ibu kepada mama.. Suami tok ma sudah lama meninggal sejak  aku berumur 5 tahun lagi kerana accident dengan lori dulu. Sekarang… kami cuma ada Tok ma sahaja untuk merasai kasih sayang nenek manakala Atok pula ialah ayah kepada papa, kepada dia kami merasai kasih sayang seorang datuk. Isteri atok atau ibu kepada papa juga sudah meninggal dunia sejak papa dilahirkan. Sejak nenek meninggal, atok tidak dipernah berkahwin lain kerana baginya nenek ialah cinta terakhirnya tapi papa kata, dulu Atok tu womanizer Malaya tu.. Lepas jumpa nenek baru ar insaf jadi buaya tembaga… Jangan main-main… Tok mapun sejak Tok Pa meninggal, Tok ma tak kahwin lagi. SETIAnya mereka……
            Abang menarik tanganku bangun lalu berlari pergi ke pejabat. Di dalam pejabat, ibu dan ayah sedang menunggu kami dengan senyuman. Ibu ialah adik mama yang kedua, ibu sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga dengan ayah tetapi sehingga kini masih tidak dikurniakan cahaya mata. Jadi aku, abangku dan kakakku la yang jadi anak ibu dengan ayah. Kami tak kisah sebab kami sayang ibu dan ayah. Kadang-kadang kalau papa dengan mama busy kita orang selalu bercuti dengan ibu dan ayah. Kami adik-beradik  memang dah macam anak sendiri ibu ayah je.. kami tak kisah… mama dengan papapun tak kisah… atok tak kisah… tok mapun tak kisah.. tak de sapa kisah… Kami sayang semuanya…..
            Suami ibu sangat setia dengan ibu, walaupun sudah tujuh tahun ayah berkahwin dengan ibu tanpa dikurniakan anak. Ayah setia pada ibu tanpa berpaling tadah kepada perempuan lain. Ayah seorang arkitek yang hebat , dengan kekayaan yang dimiliki ayah boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja tetapi katanya, ibu terlalu istimewa dan sempurna untuk dibandingkan dengan perempuan lain. Terlalu dalam cinta mereka. Cinta sejati…
            “Ibu… tok ma macam mana?” tanyaku pantas.
            “Sayang pergi kemas barang dulu ye… apa-apa kita cerita kemudian ye sayang?” jawab ayah mewakili ibu. Aku senyum terpaksa, abang menarik tanganku keluar dari pejabat untuk mengemas barang…..
           

Kereta Mercedes-Benz ayah melunjur laju di atas jalan raya. Tiba-tiba… ibu mendapat panggilan telefon dari seseorang. Lepas 15 minit berbual dalam telefon, ibu mematikan telefon.
            “Dua-dua sayang ibu sihat?” soal ibu sejak dari tadi mendiamkan diri.
            “Alhamdulillah ibu… sihat walafiat…” Jawab kami serentak.
            “Tok ma okey bu….?” Tidak sabar abangku bertanya.
            “She was fine… dear.”
            “Fine? Before this… ibu said tok ma in the hospital right?”
            “Yes dear…  but she discharged from the hospital yesterday…. She was fine,dear… don’t worry.. I take you all back because we miss you so much….” Jawab ayah tenang.
            “ Macam mana boleh masuk hospital?”soalku pada ibu dan ayah.
            “Dua hari lepas, tiba-tiba je darah tinggi nenek naik lepas balik dari Penang untuk tengok cawangan syarikat nenek dekat sana. Maybe nenek penat kot sebab tu darah tingginya naik. Lagipun cawangan syarikat Tok ma kat sana ada masalah sikit tapi tak perlu risau sebab semua dah settle….” Ibu bercerita semua yang terjadi kepada nenek.
            Tok ma ialah antara salah seorang business woman yang berjaya dalam hidupnya. Aryani Wisma Holding juga merupakan sebuah syarikat gergasi yang mempunyai banyak cawangannya di seluruh dunia. Sememangnya papa dan mama serta adik beradik mama dilahirkan dalam keluarga dulang emas. Papa adalah pewaris tunggal syarikat Atok manakala mama pula merupakan salah seorang pemegang syer terbesar dalam syarikat Aryani Wisma Holding selepas Tok ma. Dengar cerita Tok ma nak bagi syarikat tu dekat mama sebagai pewaris tadi mama tak nak. Dia suruh bagi dekat ibu sebab ibu orang paling layak. Ibu pula nak bagi dekat Aunty Lia, adik bongsu mama tapi aunty Lia pun tak nak sebab dia belajat law, nak jadi peguam katanya  so tak tau ar sapa yang akan dapat.
            “Oooo…. Nie angkut kita orang balik sebab rindu ar ni… haha… boleh pulak ibu dengan ayah buat alasan macam tu dekat sekolah..” jawabku sambil tergelak…
            “For our dear… we will do it..” Ayah aku kata.. perh… babak sayang dorang kat kami.
            “Buat orang gelabah je ibu ni… Saspens tau…” Rungutku pada ibu dan ayahku.
            “Alaa… anak ayah ni.. rungut pulak dia… tinggalkan kat highway ni baru tau..”Ayah ni main ugut-ugut lak.. Boikot ayah kang baru tau…
“ Ayah tau tak adik ni kat sekolah bukan main samseng lagi tau…. Kalau orang buat dia mengamok habis satu sekolah kena tempias. Dah ar suka buat masalah disiplin kat sekolah. Adik ni kalau ibu dengan ayah nak tau.. Pelajar samseng tegar ni…..” kutuk abangku dengan sesedap perencah dia. Kalau kurang kasi tambah rempah ratus biar lagi sedap di goreng cerita pasal aku… bagi back hand kang baru tau…
“Isk… abang ni.. dah banyak sangat pahala ke sampai pemurah sangat bagi adik pahala free ni. Ayah dengan ibu cayakan je ar. Dia goreng cerita… pasal adik.. sebenarnya jeles tu. Kat sekolah tak glamor macam adik….” Perliku supaya senyap sikit mulut tempayan dia tu..
“Ye la…. Kalau bab masuk bakul angkat sendiri memang kita pas kat dia. Bab perasan bagus ni memang sikap semulajadi dia…..” menjawab abangku dengan muka mengejek.
“Boleh diam tak.. bagi back hand kang baru tau…..” ugutku supaya mulut murai tercabut ekor ni senyap.
“Bagi ar.. tak kesah…..”
“Orang bagi betul-betul kang nanti menyesal…. Baik tarik balik…”
“Tak da istilah menyesal dapat kamus hidup abang….”
“Benci….” Hanya cubitan yang aku bagi kepada abangku nanti kalau bagi back hand tangan aku jugak yang sakit.
“Sudah…. Kita balik rumah tok ma dulu… nanti malam korang berdua tidur rumah Atok tau. Teman Atok sebab papa dengan mama nak pergi New York petang ni..” Ayah meleraikan pergaduhan diantara kami sebelum perkara lebih buruk berlaku…
“Okey…” jawab kami serentak.  Mama dengan papa nak pergi New York? Mesti ada emergency case dekat sana.








No comments:

Post a Comment