Pages

Wednesday 16 November 2011

Sekali cinta.. aku tetap cinta. ( BAB 1)


BAB 1
Kepada semua penumpang Malaysia Air Lines (MAS), selamat datang ke Malaysia manakala bagi warganegara, selamat pulang ke Tanah Air.” Pengumuman dibuat oleh juruterbang menandakan destinasi yang ingin dituju sudah tiba.
Malaysia akan menjadi tempat tinggal baruku kini. Selamat tinggal Australia, getusku didalam hati. Setelah sepuluh tahun tinggal bersama keluargaku di Australia, akhirnya kami pulang juga ke tanah air sendiri. Kata mama, dalam ahli keluargaku, hanya kakakku sahaja yang dilahirkan di Malaysia iaitu kak Intan manakala aku dan abang kembarku di lahirkan di Australia dan kami adik-beradik dibesarkan di negara kangaroo itu selama sepuluh tahun.
Agaknya bagaimana kehidupanku di Malaysia nanti. Sudah tiba masanya papaku memikul tanggungjawab keluarga sebagai pewaris syarikat Mega Kristal Holding. Mega Kristal Holding merupakan salah sebuah syarikat bumiputra yang berjaya melebarkan sayapnya  ke persada dunia. Sebut sahaja nama Mega Kristal, siapalah yang tidak kenal dengan syarikat ini. Atok kata, “ Memiliki sebuah syarikat yang utuh bukanlah mudah, pemimpinnya haruslah cekap menjalankan tanggungjawabnya dengan dengan penuh amanah dan jujur manakala pekerja-pekerjanya pula, perlulah patuh dengan arahan dari pemimpinnya.
Lapangan terbang penuh dengan ribuan manusia, seorang lelaki yang kuagak  umurnya 41 tahun datang menemui ayahku dengan sekilas senyuman dibibir.
“Selamat pulang ke Malaysia, Tuan Firdaus sedang menunggu Encik Ehsan sekeluarga di Villa Kasih. Encik Ehsan sekeluarga apa khabar? ” kata lelaki yang kukenali sebagai Pak Leh ini. Beliau sudah lama berkhidmat dengan Atokku sebagai pembantu peribadi Atok. Atok kata, Pak Leh merupakan antara orang kepercayaannya kerana beliau amat bijak menyelesaikan masalah dan sangat prihatin dengan keadaan Atok. Selain itu, beliau juga sangat amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu tugas.
“ Terima kasih Leh. Papa sihat? Syarikat bagaimana? Semuanya ok?” Tanya papaku dengan wajah yang sedikit serius. Papa agak workaholic juga orangnya tetapi papa selalu memberi anak-anaknya masa untuk bermanja dengannya walau sesibuk mana kerjanya.
“Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka Encik Ehsan. Silakan masuk ke kereta Encik. ” Tanpa banyak soal kami sekeluarga terus masuk ke dalam perut kereta  yang diarah Pak Leh.
Pertama kali aku datang ke Malaysia. Seumur hidupku, tidak pernah sesaatpun aku jejakkan kaki ini di tanah bumi Malaysia. Cantik! Hanya perkataan itu yang mampuku ucapkan.
Sebuah villa tiga tingkat bak istana berdiri berdiri megah ditempatnya. Pasti ini rumah Atok.
“ Mama…. Lama kita tak jumpa Atokkan? Putra rindu kat Atok.” Ujar abang kembarku ini. Dia anak kedua dalam keluarga kami.
“Ye sayang, dah lama kita tak jumpa Atok. Sekejap lagi kita jumpa Atok ye?” jawab mamaku dengan nada gembira.

Didepan pintu gerbang masuk villa ini, menunggu seorang lelaki yang berumur lebih separuh abad dengan sekilas senyuman dibibir tuanya. Tanda ceria.
            Keluar sahaja dari perut kereta, berlari-lari anak kami mendapatkan Atok tercinta sambil memeluk beliau. Hehe…. Rindu ar katakan...
            Selesai acara melepaskan rindu, kami dibawa masuk ke villa ini. Papa kata, kami semua akan tinggal disini bersama Atok. Pembantu rumah sibuk memperkenalkan diri masing-masing kepada kami seisi keluarga.
            Setiap seorang ahli keluarga dirumah ini, diberi seorang pembantu peribadinya sendiri. Kakakku Intan mendapat pembantu yang bernama Indah. Abangku pula, Naim nama pembantunya manakala aku pula, akan dibantu oleh Bunga. Aduhh…. Tidak bebaslah kami selepas ini….
Lusa kami akan belajar di sekolah baru. Tidak sabar rasanya memulakan hidup baru di Malaysia ini. Banyak perbezaan antara Australia dan Malaysia, cuacanya, budayanya, agamanya dan lain-lain lagi.   

1 comment: