Pages

Thursday 24 November 2011


BAB 8
            “Tokma…” jeritku riang sambil memeluk tubuh tua itu. Walaupun sudah menjangkau separuh abad, tok ma tetap awek muda tau. Tok ma memang seorang yang sangat menitik beratkan kesihatannya. Oleh sebab itu, tok ma nampak macam mak orang walaupun hakikatnya dah jadi nenek orang.
            “Emm.. cucu tok ma dah balik. Rindunya tok ma dengan cucu tok ma sorang nie. Abang tak balik sekali ke sayang?” lembut je suara tok ma cakap. Penuh dengan sopan dan santun.
            “Putri suruh dia angkat beg bawa masuk bilik Putri.” Balasku selamba je. Makanan untuk lunch sudah tersedia. Dua jam perjalanan dari sekolah ke rumah nenek memang buat perut nie buka lagu irama pop. Bergendang-gendang bunyinya….
            “Kenapa buli abang ni Putri?” soal tok ma lagi.
            “Tadi dalam kereta dia buli Putri, sekarang biar Putri buli dia pulak.” Ada ke patut abang pergi story-mori dengan ibu dan ayah pasal perangai aku. Malu ar… Hilang muka suci tau.
            Abang berjalan bersama ibu dan ayah ke dapur. Ibu tersenyum ke arah kami sambil pinggangnya dipeluk ayah. Amboi.. romantiknya. Jangan ar tayang agenda romantik depan anak-anak ayah ibu ni. Saya masih Under Age lagi tau…  Hehe… Ayah menarik kerusi untuk ibu sebelum ibu duduk di atas kerusi. Perh… memang gentlemen tulen ar ayah aku ni. Terbaik… Dah  tujuh tahun kahwin, manis  bercinta masih terasa sebijik macam mama dengan papa.
            “Lepas makan ni.. rehat-rehat dulu. Lepas tu, kita pergi air port hantar mama dengan papa okey?” Ujar tok ma sambil mencedukkan kuah tom yam ke dalam pingganku. Tersengih aku sebab tok ma cedukkan kuah.

Lepas lunch, aku terus masuk bilik tidur. Haha… Saja kumpul lemak. Lepas bangun tidur, aku mandi dan bersiap untuk pergi ke KLIA nanti. Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi menandakan  ada mesej masuk.
           

                 Salam… if you got my msg. Plez reply… I hope so.


            Unknown number menyuruhku membalas mesejnya. Siapa dia? Persoalan yang bermain di dalam kepalaku dibuang. Telefon di simpan lalu bergegas turun ke ruang tamu. Aku dah lambat ni.
“Mama….” Belum sempat mama menoleh, aku terus memeluknya. Rindu giler…
            “Adik… buat mama terkejut je.. Abang mana?” Terkejut mama dengan sergahanku tadi. Nasib baik tak sakit jantung, kalau tak dah ucap selamat tinggal dah.
            “Assalamualaikum mama…” salam diberi oleh abang sebelum bersalaman dengan  mama. Papa disebelah disalam dengan penuh tertib.
            “Mama dengan papa sihat?” soal aku dan abangku serentak. Kita orang bukan sahaja sehati sejiwa tau tapi seusus, sepancrease dan selimpa sekali tau. Hehe… kita orang bukan kembar siam ye… kembar tak seiras je.. Abang keluar dua minit 34 saat sebelum aku.
            “Sihat.. Alahamdulillah. Pergi salam Atok sana.” Arah mama. Kami berdua berlari-lari anak ke arah Atok. Tangan tua Atok kami salam dengan penuh hormat. Rindunya….
            “Sekolah macam mana?” tanya Atok
            “ Okey…” jawab abangku laju dengan cap jempolnya.
            “Putra jaga adik tak dekat sana?”
            “Mesti jaga punya.. Adik mana boleh harap.” Sempat lagi abang aku ni kutuk aku. Sengaja ar tu.
            “Amboi.. sedap garam gula je dia cakap adik tak boleh harap. Macam dia boleh harap sangat je..” Perliku dengan mata tajam merenung abang.
            “Mesti…” Perasan sendiri je abang aku ni. Biar aku kasi sedar, jari runcingku menarik pipi abang sekuat hati. Macam anak kera kena belacan abang meraung. Lepas je.. aku lepaskan pipi dia, terus je dia kejar aku nak tarik balik pipi aku. Aku pun apa lagi… Lari ar… tiba-tiba… kakiku berhenti sebab terlanggar orang lalu jatuh ke lantai. Nasib baik belum sempat aku cium lantai, ada orang sambut.
            “Adik okey? Lain kali jangan lari nanti jatuhkan susah.” Ujar lelaki dihadapan aku risau. Apabila aku angkat sahaja muka, aku terpandang wajah  lelaki tu. Lelaki itu, memakai cermin mata tebal dan besar. Baju berjenama tapi nampak macam sakai sikit. Senang cerita, tak hensempun..
            “Maaf.. saya tak sengaja.” Aku cuba bangun tapi kaki aku macam sakit sikit…. Susah nak bangun. Abang datang ke arahku lalu membantu aku bangun dan mendudukkan aku diatas kerusi. Abang membelek-belek kakiku.
            “Sakit ke?” soal abang risau.
            “Sikit je..” sakitku sudah mula berkurang lalu bangun dengan memegang lengan abang.
            “Betul ni atau nak pergi hospital?” soal abang lagi.
            “No.. thanks.” Balasku pula.
            “ Saudari okey?” Tanya lelaki bercermin mata tebal ini. Aku tidak menjawab hanya mengangguk sahaja.
            “Are you sure, dear. I really worry about you.” Soal abang lagi. Berapa juta kali nak jawab aku okey.
            “Darling… I okey. Terlajak okey lagi. Boleh berhenti tanya okey tak okey lagi tak.?” Soalku dengan gaya gedik. Perli abang sebenarnya.
            “Nakal.” Jawab abangku sambil menarik pipiku. Tangan abang kupukul tanda tak suka dicubit. Baru aku teringat tentang lelaki yang tolong aku tadi.
            “Terima kasih sebab tolong saya. Kalau encik tak tolong tadi, tak tau ar apa jadi.” Ujarku bersama senyuman. Terserlah lesung pipit dipipi.
            “Betul tu. Terima kasih encik.” Tambah abangku lagi.
            “Tak pe.. kenapa cik lari-lari tadi. Cari siapa?” Soalnya. Mungkin pelik tengok aku terlari-lari sana sini tadi.
            “Siapa?” Aku dan abangku berpandang. Kami melihat jam tangan  abang. Mama dengan papa dah nak bertolak. Kena lari cepat ni kalau tak, tak sempat jumpa mama dengan papa sebelum mereka pergi New York.
            “ Maaf kami kena cepat….” Kata abangku lalu menarik tanganku mengikut jejak langkahnya untuk pergi ke tempat berkumpul tadi.

“Sweet lady… tapi sayang… dah ada pakwe.” Kata Am. Bila terpandang je muka perempuan  yang dia tolong tadi. Terus hatinya berdebar-debar, mungkinkah ini dikatakan cinta pandang pertama? Angannya tentang gadis tadi terus mati apabila terdengar suara kawannya memanggil namanya.
            “Am.. sorry aku lambat. Is dekat mana? Dah sampai KL atau still fly?” soal Az. Dia dan Am datang ke KLIA hari ini kerana ingin menyambut ketibaan kawan baik mereka yang baru balik dari umrah di tanah suci bersama keluarganya.
            “Still fly lagi. Kejap lagi sampai ar.” Jawab Am sambil bersalaman dengan sahabatnya, Razif.
            “Tadi kau tolong sapa tadi. Cute je aweknya.” Tanya Az teruja.
            “Ooo… dia jatuh. Lepas tu, aku sambut tapi dia dah ada BF (boyfriend) ar.” Balas Am selamba tetapi dalam hati, dia berasa sayu kerana gadis tadi telah mempunyai kekasih hati. Malah kekasih hatinya sangat prihatin sampai bertanya berkali-kali keadaan gadis itu.
            “Alaa… pakwe je pun bukan suami.” Selamba je Az menjawab.
            “Dah ar.. tutup cerita. Tu Iskandar dengan family dia dah sampai.” Jawab Am sambil melambai-lambaikan tangan kearah Iskandar.


  
           

No comments:

Post a Comment