Pages

Saturday 26 November 2011


BAB 9
                Assalamualaikum…hello?”bicara dimulai dengan salam.
            Waalaikumsalam…oit,asal mesej aku kau tak balas?”jerit lelaki dalam telefon ini. Telefon dijauhkan dari telinga, skrin ditatap untuk melihat siapa gerangan yang sedang bercakap itu? Satu nama tertera di skrin. Arel…
            Arel? Kau nak cakap apa dengan aku?”
            Saja…rindu la kat kau, kau tak rindu kat aku ke?”tutur Arel dengan selamba.
            Ha?Rindu?...rindu ke aku kat dia. Sawan ke mamat ni. Nak main rindu-rindu pulak. Salah makan ubat kot.
            Nonsense… kau nak apa ni? Kalau tak da apa-apa aku nak hang up..”balasku pula dengan selamba. Jangan percaya.. ayat buaya tembaga je tu.
            “Alaa… baru nak sembang dengan kau. Bagi ar chance nak bergayut macam beruk dengan kau. Please…. ” nada lelaki ini merayu-rayu menyuruhku memberi peluang. Dia ni suka aku ke? Tak mungkin … Berkali-kali aku mengelengkan kepala. Jangan fikir…jangan fikir…. Ayat gatal je tu… buaya darat semata-mata..
            Adik….. napa kepala tu geleng kiri kanan… ”soal abangku pelik dengan tawa besarnya. Kurang ajar punya abang, dia gelakkan aku. Nak mati awal ke?
            “Diam ar…”jeritku geram dengan apa yang abang buat.
            Kau marah aku ke?” takut-takut Arel bertanya kepadaku. Asal minah ni mengamuk pulak…
            Tak da la… Aku tak marah kat kau. Aku marah kat abang tercinta aku sebab bagi number telefon aku kat kau…” perliku. Saja aku kata begitu biar dua-dua rasa.
            Satu pakej ar tu.. ”jawab Arel selamba.
            Tau pun…”
            Alaa… aku nak kawan dengan kaupun tak boleh ke?” ujarnya dengan suara merajuk. Merajuk ar, tak da masa nak pujuk.
            Boleh.. tapi tak payah ar contact aku.” Balasku spontan tanpa memikirkan hatinya.
            Aku nak berkawan dengan kau lagi rapat dari sekarang…”
            Ooo….” Blur je otak. Tak tau nak balas apa?.
            Boleh tapi…” ayat yang ingin dibicarakan terberhenti apabila abang aku berkata tiba-tiba.
            Korang chatting apa ni? Abang dah calling-calling kakak, suruh online skype. Dia kata kejab lagi dia online.” Soal abangku pelik. Mungkin lama sangat aku guna telefon bimbit canggih dia ni. Sebelum ini, kalau kawan abang call abang sebab bak cakap dengan aku, mememang aku buat bodoh je tapi yang kawan abangku seorang ini…. Special edition punya, jadi tak boleh buat bodoh sebab dia kawan aku juga.
            “ Tapi….” Kedengaran suaranya di corong telefon menyuruh aku menyambung semula ayat tak cukup hayat tadi.
            Tak de pape ar… Nak suruh dia kirim salam dengan geng adik je..”
            Guna ar telefon sendiri..” rungut abangku.
            Tangkai jering… pinjam ar. Boleh ar… pinjam kejab je.. nanti orang belanja makan… Please..” Balasku dengan membuat muka comel. Comel tak comel belakang kira. Kalau abang bagi, mememang jadi ar muka comel aku.
            Yela.. guna ar. Nanti pulang balik.. Jangan nak buat hak persendirian berhad punya pulak..” jawab abangku. Hehe.. confirm muka comel aku Berjaya..
            Sayaaannngg….  abang.” Abangku tidak membalas ucapan sayangku tetapi hanya mengeleng-gelengkan kepala sahaja.
            Oit… AI?” Tanya Arel.
            Asal..?” kasar aku berkata.
            Aku… ko tak sayang ke?” suara macam mengharap sayang aku tapi tak tau ar betul mengharap ke tak. Aku rasa tak kot.
            Sawan ke nak main sayang-sayang ni. Salah makan ubat…” ujarku dengan nada yang ditekankan sikit. Tak suka ar masuk zon sayang-menyayangi ni. Abangku dah mula angkat kening sebelah, sebijik macam Ziana Zain.
            Hehe.. gurau je.” Aku dah agak dah dia ni main-main jadi jangan layan sangat ayat jiwang terlebih karak dia ni.
            “ Ok ar… chow dulu. Assalamualaikum.. bye.” Jawabku lalu mematikan telefon tanpa menunggu kebenaran Arel.

Kau gadis comelku… kau gadis cantikku.. kau cinta pandang pertamaku… ooooo…. Cinta pandang pertama….” Lagu mana la mamat ni ciplak. Melalak-lalak sejak balik dari KLIA hari tu. Cinta pertama… cinta pertama… pelik orang dalam rumah tu tengok.
            Aku jatuh cinta lagi… mana ada aku jatuh cinta sebelum ini.. Harus bagaimanaku memikirkannya….bla… bla….” Naik rosak lagu, lelaki ni nyanyi. Dah.. sah-sah lelaki ni angau.
            “ Encik… napa encik happy semacam je…?” Tanya pembantu peribadi lelaki ini.
            Uncle… tadi saya jumpa dengan seorang perempuan. Dia comel sangat…” jawab Am teruja.
            Tapi…. Kenapa encik happy sangat..?”
            Saya tak tau… dia buat saya happy bila jumpa dia.”

No comments:

Post a Comment