Pages

Sunday 20 November 2011


BAB 2

Enam tahun kemudian…..
“ Diam semua, hari ini kita ada kawan baru.” Nyaring suara guru ini berbicara. Maklumlah kelas ini bising macam perang dunia kedua. Kalau hari-hari macam ini dalam kelas, macam mana aku nak belajar. Haha… macam ulat buku je gayanya, kebenarannya pemalas bukan main nak baca buku.
“Assalamualaikum, saya Putra Iman Arman. Sebelah saya ini, adik saya. Nama dia Putri Iman Armani dan kami berdua di bin atau bintikan Mohammad Ehsan Iskandar. Kami berdua ini kembar.” Jerit abangku dengan suara yang kuat agar pelajar-pelajar itu dengar apa yang dia bicarakan. Bila cakap dengan nada biasa semua suruh ulang balik sebab tidak dengar dengan jelas. Pekak ke mereka ini….
Semua memandang pelik kearah kami ketika abangku mengatakan bahawa kami berdua ini kembar. Senyap sunyi seketika kelas itu tanpa suara. Isk… pelik betul. Tidak pernah tengok orang kembar ke? Omelku dalam hati.
Why? Weird because we don’t have same faces? It’s normal right? Kami kembar tidak seiras.” Jawab abangku yang mungkin sudah dapat mengagak sebab mereka memandang pelik ke arah kami.
“Oooo….” Serentak mereka menjawab sambil mengangguk tanda mengerti.
“Ada apa-apa soalan lain?” Tanya guru kelasku ini.
“Parents you all kerja apa? Tinggal dekat mana?” soal seorang perempuan dengan matanya tepat ke muka abangku. Matanya bersinar-sinar mempunyai maksud tertentu. Hehe.. abangku ini hebat ar. Baru firstday dah ada secret admire. Eh perempuan ini, pandang-pandang abang aku macam nak terkeluar biji mata. Ada bunga-bunga cinta sedang berputik ke??
“Kerja apa? Emm… Usahakan perniagaan kecil-kecilan je dan kami berdua tinggal dekat Banggi.” Jelas abangku dengan wajah selambanya. Perniagaan import eksport papa dengan mama itu meluas sampai keluar-luar negarapun boleh abang aku kata ‘kecil-kecilan’. Kelentong ar tu. Isk…
Okey kelas.. masa temu ramah sudah tamat. Sekarang kamu berdua boleh duduk dibelakang Farahin  tu. Syah, kamu pindah belakang dengan Imran. Kamu tu tinggi sangat, kesian Putri nak belajar susah sebab kamu halang pandangan dia. Betul tak Putri?” Soalan cikgu membuat anganku lenyap serta-merta, soalan itu kujawab dengan anggukan kepala sahaja. Maklumlah suara emas ar katakan….
Cikgu mana adil dia orang ni duduk sama-sama. Dah ar lain-lain jantina. Isk….” Rungut seorang pelajar lelaki sambil mengeleng-gelengkan kepala.
Apa dia Airil? Tak boleh? Siapa guru dalam kelas ni? Kamu ke saya?” Tanya cikgu Haryati ini dengan pandangan mata yang tajam bagai helang hendak menerkam mangsanya kearah lelaki bernama Airil itu.

Cikgu ar cikgu… Takkan saya pulak cikgu. Belajarpun tak habis lagi..” Jawab Airil gelabah. Takut ar tu…
Tau pun saya cikgu. Jadi jangan banyak kompelin. Okey.. buka buku latihan  math dan buat semua soalan muka surat 54 sampai 57, sekarang….. Hantar sebelum habis sekolah.” Arah cikgu kepada kelas ini.
Alaa…. Banyaknya.” Sayup-sayup suara rungutan kecil  pelajar-pelajar itu.

Krinnnnggggggg…….
Masa sekolah sudah tamat, aku pulang ke asrama aspuri bersama teman-teman baruku. Teringatku detik perkenalan kami waktu rehat tadi.
            “Hai… Nama aku Nadia, panggil N. Sebelah ni, nama dia Farahin tapi panggil je dia Pa’e. Yang macam muka nenek sebelah meja kau tu, nama dia Syamila tapi kita orang panggil dia Milo. Oit…. Ot sini kejab….” Panggil N apabila seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas.
            “ Asal? ” Tanya perempuan ini hairan.
            “ Kenalkan nama minah ini Laili tapi kita orang panggil dia Elliot. Kalau kau malas nak panggil Elliot… kau panggil Ot pon boleh….” Ujar N satu-persatu.
Oit… Milo… Pa’e.. Sini sekejap..” Panggil Ot.
Aku mewakili makhluk sejagat sekolah ni… mengucapkan selamat datang ke  kelas 4 Alfa SMK Putra Omar. Dekat sekolah ni, ada empat kelas untuk setiap form. Kelas pertama di sekolah ni ialah kelas Alfa. Kelas Alfa ialah kelas terbaik disekolah ini. Hanya golongan yang pandai, cerdik lagi bijak macam kita orang ini yang boleh masuk ke  kelas ini. Hehe… bangga pulak. Okey, second ialah kelas Beta diikuti dengan kelas Gama dan diakhiri oleh kelas Teta. Kiranya kau termasuk dalam golongan budak pandai, cerdik lagi bijak  ar macam kita orang ini. Hehe… masuk lif tekan sendiri pulak.” Terang Ot mengenai sekolah baruku ini.
“ Hahaha… serius korang ni lawak. Belum kenal betul-betulpun dengan korang, aku dah  rasa enjoy. Anyway, korang tau nama aku kan? “ tanyaku untuk mendapat kepastian.
“ Dah…  Putri Iman Armani binti Mohammad Ehsan Iskandar. Sedap siott nama kau… TERBAIKKK… hahaha… Anyway, kau  nak kita orang panggil apa?” ujar Pa’e sambil menunjukkan ibu jari runcingnya kearah kami. Cap jempol punya….
“Orang selalu panggil aku Putri je dekat rumah dengan dekat sekolah lama.” Jawabku jujur.
“Putri?? Alaa…. Tak mahsyuk ar nama tu. Kita orang nak lain dari yang lain. Baru gempak.” Komen Milo dengan jari di bibir seperti sedang memikirkan sesuatu.
Apa kata AI…?” usul N untuk memberi cadangan.
Emm… AI…. A for Armani and I for Iman… terbalikkan jadi ar AI… Bernas lagi bergeliga tak idea aku?” kata N kepada kami.
Aku okey je…  Lain dari yang lain. Tak pernah ada orang panggil aku macam tu… Haiya.. manyak giler lu olang punya otak.!!!” Terkeluar loghat cina dari mulutku. Hehe….  Jangan marah.
“ Aku setuju…” Serentak mereka menyokong.

No comments:

Post a Comment