Pages

Friday 2 December 2011


BAB 10

            “Welcome back.. AI.” Jerit N riang. Macam dah 40 tahun tak jumpa je gayanya padahal baru empat hari aku balik rumah. Dah kecoh macam ni.
            “Oit… baru hilang empat hari, kau dah jadi macam orang gila jumpa aku. Kalau seminggu tak jumpa… entah-entah masuk tanjung rambutan kawan kita sorang ni..” tergelak-gelak kawan-kawanku yang lain.
            “Haha.. serius apa  kau cakap betul… N memang…” balas Milo sambil menyiku lengan N.
            “Ecece…  kalau aku terpekik kau kata macam orang nak gila… kalau Ot ni melalak tak pe…” macam ala-ala merajuk je N jawab.
            “Ot ni lain.. dia memang orang tanjung rambutan.. Cuma terlepas je dari sana….” Tertawa N bila Ot juga menjadi sasaran kami.
            “Amboi… akupun kena…” balas Ot.
            “Mesti…” jawab kamu serentak.
            “Wei… di sebabkan kau dah kutuk aku. Kau punya kertas exam… dirampas menjadi hak persendirian aku… hahaha…” kata Ot angkuh sambil melarikan kertas exam aku.
            “Dah macam mak tiri kau tau tak…” jawabku sambil mengejar Ot sekuat hati. Naik semput aku layan kanak-kanak riang ni. Habis susut berat badan aku berkilo-kilo. Lemak semua terbakar. Aku mengejar Ot bersungguh-sungguh tapi malangnya kertas itu dipas kepada orang lain sesuka hati. Memang cari nahas betul… kalau aku dapat kertas tu. Semua yang terlibat aku sekeh.


Hai, morning AI.” Sapa Arel ceria.
            “Emm… pagi.” Malas nak menjawab sapaan Arel. Ini semua Ot ar punya pasal, penatnya malam semalam marathon nak dapatkan kertas exam.
            “Tak ikhlas je bunyinya… Ni apsal moody je? Cerita la dekat aku..”
            “Moody? Mana ada…” Jawabku dengan kepala diatas meja. Beratnya.. nak angkat kepala.
            “Kau asal macam nazak je? Penat tahap gaban aku tengok…” soalnya lagi.
            “Nothing la…”
            “Wei.. aku ada request untuk ko?” muka berharap lelaki ni tunjuk dekat aku.
            “Apa?..” jawabku nyaring. Ngantuk la.. jangan ar kacau puteri nak beradu ni.
            " Jangan ar jerit2... aku tak pekak agi ar..." marah ar pula Arel ni.
Emm…. Asal?” suara dah makin perlahan. Semua tenaga yang ada dah nak habis.. Apa yang Arel cakap sekarangpun aku dah tak dengar sangat. Kalau dia cakap apa-apapun, aku iyekan je ar. Otak macam dah putus fius.
            “Jadi partner aku untuk annual dinner malam lusa boleh tak?” Tanya Arel serius.
            “Emm… okey.” Soalan yang Arel tanya aku tak dengar sangat… aku main jawab je ar okey.
            “Are you sure? Promise?”
            “Emm….” Iyekan je ar. Malas nak cerna kata-kata mamat ni.
            “Yes..” bersorak-sorak Arel dalam kelas dengan persetujuan yang dibuat.
            “Asal dengan Arel tu? Happy semacam je?” tanya abangku aneh. Masuk kelas je.. ada orang macam putus fius bersorak. Aku tak menjawab kerana sudah tidak sedarkan diri dilamun mimpi kahwin dengan anak raja. Hehe.. sonok yer…


“Oit… AI? Annual dinner ni sapa partner ko?” tanya Milo bising. Aku hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.
            “AI… kau dapat request dari Joe.. suruh kau jadi partner dia. Kau nak tak?”
            “ Joe?” tanyaku pelik. Siapa ar pulak Joe tu.
            “Kau tak kenal?” tanya Milo terkejut. Aku hanya mengeleng-gelengkan kepala sahaja.
            “ Tau tak.. Joe tu antara jejaka idaman dekat sekolah ni. Dia senior kita tau…  anak orang kaya lagi.. Dah ar popular dan pandai…. Hensem lagi… pastu, dia tu ialah ketua kelab bola sepak dekat sekolah kita.. wakil peringkat kebangsaan tu..” macam-macam Milo di promot pasal Joe tu.. Hebat sangat ke?...
            “Oooo…. Tak nak.. Keputusan muktamad.. Tutup cerita.” Jawabku tidak berminat.

No comments:

Post a Comment