Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 15

            Seminggu kami berada dirumah selepas pulang dari Universiti of Auckland, New Zealand melawat kak long. Kak long kelihatan sangat cantik dan lebih matang dari dulu. Tak pernah-pernah berpisah dari keluarga, tiba-tiba kena sambung belajar dekat negara orang pula. Mula-mula, kak long rasa kekok juga katanya kerana dirumah semua keperluan disediakan oleh pembantunya tetapi setelah tinggal di New Zealand seorang diri, terpaksa ar kak long belajar berdikari.
            Kak long betul-betul berjaya mengurus dirinya dengan baik disana. Mama dan papa sangat bangga dengan pencapaian kak long disana. Kak long memang hebat orangnya, dia menjadi  contoh kepada kami adik-beradik.
            Aku mengisi kebosanan hari ini dengan menonton cerita Tom and Jerry. Best tu, cerita favorite aku tu… Sedang seronok aku menonton televisyen. Kedengaran suara abang memanggilku.
            “Adik…. Adik kat mana??” jerit abangku.
            “Dekat ruang tamu…” jeritku pula. Abang berlari menuju ke arahku dan tanpa segan silu duduk di sebelahku tanpa diundang.  Sibuk je…
            “Adik jom teman abang pergi shopping…” pujuk abangku.
            “Emmm….” Aku hanya mengiakan kata-kata abangku tanpa sedar apa yang abangku cakap.
            “Adik… jom ar…”
            “Emm…” intonasi bunyiku tetap sama seperti tadi. Abang bangun dan berdiri dihadapanku. Dia cuba menghalang aku dari menonton ceritaku ini. Aku mengerakkan badan ke kanan, abang juga bergerak ke kanan. Aku bergerak ke kiri, abang juga bergerak ke kiri. Berkali-kali kami melakukan benda yang sama. Abang mula bosan lalu dia mengambil alat kawalan jauh televisyen dan menutup televisyen itu.
            “Abang nak apa? Kacau ar abang ni…” rajukku lalu memalingkan muka kerah lain.
            “Jom teman abang pergi shopping… abang nak beli barang ar. Pas tu kita pergi main kasut roda dekat skating home dan main bowling sekali… Okey?” ujar abang sambil memujukku supaya menemankannya.
            “Abangkan tau adik tak reti main kasut roda sangat. Setakat jalan sikit-sikit boleh ar..” ulasku membuang rajuk tadi.
            “Sebab itulah… abang nak ajar.”
            “Ye la.. tunggu adik siap.” Dari terus berdebat, baik aku undur diri. Ikut je la arahan abang tersayang ni.


“Cepat ar dik… come.. faster baby…” jerit abangku dari jauh. Janji hanya tinggal janji. Kata nak ajar, masuk je kaki dalam kasut roda. Terus melunjur ke sana-sini, lupa art u adik dia tak reti main benda ini sangat.
            “Tunggu ar….” Benggangku kerana badanku masih tak seimbang untuk melunjur laju seperti abangku.
            Abang tidak mendengar ucapanku, dia terus khayal dengan kasut rodanya. Abang mithali ar konon, poooooorah….. benci aku. Tinggalnya aku terkapai-kapai kat sini, jenis abang apa ar..Spesis abang lupa ada adik betul..
            Aku melunjur dengan kasut roda itu di dalam skating home itu, perlahan kerana tidak stabil. Sorang-sorang bermain kasut roda tanpa teman, mana la abang aku menghilang ni. Sengal betul… Aku gigit kang balik nanti baru tau. Biar lebam muka hensem dia tu. Geramnya aku… Dalam keadaan tidak stabil tiba-tiba aku terlanggar seseorang..
            Aduh…. Sakit ye. Lori balak mana hempap aku ni… sakit ye pinggan. Selamba badak je dia landing atas aku. Bisik hatiku, marah pada abang belum habis lagi. Bala lain pulak yang datang.
            “Sorry… are you okey?” bangun lelaki ini. Dia menghulur tangannya untuk membantuku bangun. Aku buat-buat tak nampak je tangan yang dihulurnya. Bukan mahram… jangan sambut. Tambah dosa pulak..
            “No… I’m okey. No complication anymore…” balasku sambil tersenyum.
            Tiba-tiba abangku datang dengan muka risau dia. Cuak betul muka, macam orang hilang anak je gayanya. Hehe.. ni bukan hilang anak ye.. hilang adik je…
            “Are you okey? I’m so sorry… I forgot about you.. Sorry again…” muka bersalah dia tunjuk dekat aku. Dia menghulurkan tangannya pada aku untuk membantu aku yang tak bangun-bangun dari tadi. Sekarang ada dua orang lelaki yang tengah hulur tangaan dekat aku. Agak-agak, tangan mana yang aku akan sambut. Jeng… jeng.. jeng…
            Aku menyambut tangan abang manakala abang pula menarik tanganku untuk bangun. Lelaki yang tidakku kenali ini hanya memandang sahaja ke arah kami. Selepas aku menyambut tangan abang, serta-merta tangan lelaki ini turun. Sorry ar cik abang, I cant touch you ar.. and will not touch you.
            “Sorry ye… dia ni memang tak reti main kasut roda sangat sebab tu semua benda depan dia… dia langgar.” Jelas abangku.
            “It’s okey… no problem.”balasnya sebelum pergi meninggalkan kami.
            “Sorry dik… abang lupa lak… adik tak reti main.”tersengih abangku berkata.
            “Janji melayu betul…” balasku lalu menjelir lidah ke arahnya.


“Napa ko tiba-tiba moody ni? Tadi okey je… sekarang K.O pulak. Salah makan ubat ke?” soal iskandar sambil menyuakan jus apple yang dipesan Am.
            “I met her again…” kata Am sayu. Cinta pandang pertama empat tahun lalu, telah membuat dia jatuh dalam lubang cinta pada gadis itu. Empat tahun dia cuba melupakan gadis itu, disaat dia lupa pada gadis itu. Gadis itu datang kembali mencuri hati kecilnya. Sungguh dia terseksa dengan kemesraan gadis itu. Teman lelaki yang sentiasa ada bila mereka bertemu, hati ini bagai dihiris-hiris menjadi potongan kecil. Gadis itu sudah ada kekasih, lupakannya.
            “Who? Your sweet lady?” soal Az menginginkan kepastian.
            Am hanya menganggukkan kepala sahaja. Stress dia dengan pertemuan tadi.
            “How?” soal Iskandar teruja. Dia tidak pernah berjumpa dengan sweet lady Am. Teringin juga dia ingin melihatnya, cantik ke? comel ke? molek ke tak?
            “Forget that…” balas Am menutup cerita. Kalau dia cerita, lagi sakit dia rasa. Cerita nak kena ulang balik. Sakitnya hati aku….

No comments:

Post a Comment