Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 17
            To : Putri
Cikgu nak Putri datang ke makmal lepas habis waktu sekolah ye? Ada hal cikgu nak
cakap. Important ini.. Datang sorang je tau.
From : Cikgu Mia
 Seorang pelajar yang tidak kukenali member kertas itu kepadaku. Isinya aku baca satu-persatu. Nak jumpa? Buat apa ye?.. tak pa ar nanti aku pergi je ar. Malas nak fikir.

Kriiinnggg..
            Lonceng sekolah yang berbunyi menandakan  waktu persekolahan telah tamat. Aku mengemas barangku satu-persatu dengan pantas. Takut cikgu tunggu lama.
            “Apsal rushing semacam ni? Relax sudah.. Gelabah macam ar DM(Dewan Makan) tu ada kaki…”  kata Milo sambil menolongku mengemas barang.
            Selepas barang yang dikemas telah selesai. Aku memberitahu kawanku yang aku perlu ke makmal fizik.
            “Nak buat apa? Jo mar aku teman.” Senang hati N untuk menemankan aku ke makmal.
            “Tak payah.. cikgu nak jumpa aku sorang je…” tegasku lalu keluar menuju ke arah makmal tetapi dihalang oleh abangku.
            “Nak pergi mana ni?”
            “Jumpa cikgu Mia…”
            “Napa pergi sorang-sorang.. kawan adik tak nak teman ke? Kalau dorang tak nak teman… biar abang yang teman. Bahaya ar…” nada risau sudah mula keluar menerusi ayatnya.
            “Tak de ar.. cikgu nak jumpa adik sorang je ar. Okey ar… Tatataaa..” ujarku sebelum berlalu pergi.

“Kau asal macam cacing kena panggang je aku tengok?” soal Arel hairan.
“Wei aku tak sedap hati ar… “jawab Ar.
Mereka berlima sedang berjalan pulang ke aspura.
            “Relax ar… dia jumpa cikgu je pon.. Jangan ar risau sangat..” balas Shah sambil memeluk bahu Ar.
            “Calm down ar… nothing la. Cikgu nak jumpa adik kau je… sebelum inipun, cikgu selalu mintak tolong dari dia kalau ada apa-apakan? So bertenang ar..” kata Alik pula.
            “Kau jangan ar gelabah sangat…” balas Epul pula.
            Selepas bertenang beberapa minit, Ar meneruskan perjalanannya untuk pulang ke aspura. Tiba-tiba, kakinya berhenti. Dia seperti mendengar suara meminta tolong adiknya. Tak mungkin… makmal ke sini bukan dekat. Mustahil adik panggil aku. Getus hati Ar. Dia meneruskan perjalanan.

Di makmal….
“Mana cikgu ni? Tak jumpa pun.” Ujarku dalam hati. Aku terus mencari cikgu di sekitar makmal tetapi tidak ketemu. Bila dilihat semula jam, sudah 10 minit aku disini mencari cikgu.
            “Cancel kot…” ujarku sendirian lalu berjalan untuk keluar dari makmal. Tiba-tiba tanganku seperti dipegang seseorang. Siapa yang pegang aku ni? Tangan aku ditarik serta-merta ke belakang.
            “Hai sayang…” kata lelaki yang tidak kukenali ini.
            “Kau ni sapa?” tanyaku sambil menarik tanganku dari genggaman lelaki ini.
            “Alaa… sayang tak kenal? Abang selalu hantar surat dekat sayang hari-hari tau. Pagi tadipun abang hantar tapi……….” Mukaku tiba-tiba ditampar kuat oleh lelaki ini. Terpusing 180 darjah badan aku lalu jatuh ke lantai makmal.
            “….. berani kau buang surat-surat aku. Kau fikir aku tak da perasaan ke bila kau buang surat-surat aku… ha? Jawab kenapa kau buang surat aku… sebab surat itu tak da harga macam rantai dengan gelang Arel bagi? Ha? Aku kata jawab… jawab ar….” Tengking lelaki ini ditelinggaku. Hari ini, baru bersua juga dengan pengemis cinta…
            “Kau pekak ke? Aku kata jawab ar bodoh…” tambahnya lagi ambil menujah-nujah kepalaku. Tiba-tiba dia gelak terbahak-bahak.
            “Sorry sayang… abang tak sengaja tertampar sayang. Maafkan abang ye?” katanya memohon maaf dengan nada bersalah-salah. Dia ingin mengusap pipiku yang ditampar tadi tapi cepat-cepat aku larang tangannya dari menyentuhi pipiku.
            “Lepaskan aku la… lepas tangan aku ar, bodoh. Jangan sentuh aku… wei… lepaskan aku ar sengal.” Hamburku. Keselamatanku sudah diluar otak… semua perkataan yang aku tak suka cakap aku cakap.
            “Haha… bodoh? Sengal? Sampai hati sayang cakap macam tu? Tak sayang abang ke?....” suaranya dilembutkan tanda memujuk.
            “Tak.. aku benci kau… lepaskan aku. Aku benci ka…”
            Apa yang inginku kata sudah disekat dengan tamparan kali kedua. Suara sudah bertukar lagi. Nada marah dia hambur kepadaku.
            “Dengan aku kau benci… habis dengan sapa kau sayang? Dengan Arel tu? Kalau aku tak dapat kau.. diapun tak akan dapat kau.”
            “Lepas la.. lepas… kau ni giler ke? Dah nak mampos ke? Pergi yang pegang aku. Aku benci.. aku benc…” tamparan kali ketiga menyebabkan aku terkulai laju tanpa tenaga.
            “Benci? Hahaha… benci ark at abang. Kejab lagi sayang jadi hak milik abang jugak.. tapi kalau Arel nak gak dekat sayang. Ambik ar bekas abang ni…” katanya lagi. Dia bangun mendekatiku, semakin dekat, semakin dekat dan……
            Ya Allah, sesungguhnya hidup dan matiku, hanya terletak di tanganmu. Ampunilah aku dan lindungilah aku….











No comments:

Post a Comment