Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 18

            Anganku mati apabila seseorang menepuk lembut bahuku.
            “Adik… are you okey?”soal abangku risau.
            “Okey je….” Balasku ceria sambil mengesat air mata. Sudah lima tahun perkara itu berlalu. Mujurlah abang tertarik hati untuk berpatah balik ke sekolah untuk mencariku.Aku bernasib baik kerana abang sempat ke makmal sebelum aku menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu. Abang membelasah lelaki itu seteruk mungkin tetapi lelaki itu tetap berjaya melarikan diri. Rupa lelaki itu tidak dapat kukenalpasti dengan betul. Hal ini kerana mukanya ditutupi dengan kain. Matanya sahaja yang kuingat, warna matanya coklat kehitaman dan ada parut di dahinya sedikit, selama tiga hari aku trauma di hospital..Hanya Aunty Lia sahaja yang tau perkara ini bersama abangku. 
            Mujurlah ketika aku trauma di hospital, seluruh keluargaku pergi ke New Zealand untuk melawat kakak yang sedang demam panas. Segala keperluan aku di hospital, diuruskan oleh abang dan Aunty Lia sahaja. Abang meminta Aunty Lia merahsiakan hal ini dari pengetahuan keluarga atas permintaanku tidak ingin mengingati peristiwa pahit itu kembali.
            Selepas peristiwa itu, aku terus mengambil keputusan untuk belajar di Melbourne, Australia di tempat kelahiranku dan abang bersama Aunty Lia yang mendapat tawaran kerja disana. Mula-mula keluargaku membantah juga tetapi selepas dipujuk-rayu. Akhirnaya permintaan kami dikabulkan juga.
            Aku amat sensitif dengan nama SMK Putra Omar. Nama itu akan mengembalikan ingatan hitamku. Nama itu terus menghantuiku. Sahabat-sahabat sejatiku juga terkejut kerana tiba-tiba aku dan abangku menghilangkan diri dari sekolah tanpa sebarang berita. Semuanya diatur dan diurus dengan bijaksana sekali oleh Aunty Lia.
            “Adik ni berangan lagi ke?” soal abangku apabila butir bicara yang dikatanya tidak dibalasku.
            “Ha?” terpinga-pinga aku apabila abang mengejutkanku dari anganku.
            “Abang kata kejab lagi… Pak leh datang ambik kita..” ulang abang lagi
            “Okey… Aunty mana?” soalku hairan kerana tiba-tiba Aunty LIa tiada disebelahku.
            “Aunty pergi toilet jap… Adik… tak sangka kak long dah nak kahwinkan?”
            “Haha…. Tau tak pe…tak lama lagi jadi tittle mak orang pulak…” balasku sambil berdiri memandang lelaki separuh abad dihadapanku.
            “Selamat pulang encik Putra dan cik Putri…” sapa Pak Leh dengan senyumannya.
“ Ya Allah… rindunya mama dengan twins mama ni. Adik abang macam mana sihat?” peluk mama pada kami berdua. Vaa… sayang mama… tangan papa disambut untuk bersalaman dan melepaskan rindu.
            “Hehe… tengok orang ar… Mesti ar sihat plus makin hensem plus macho plus….” Bicara abang disambung dengan suaraku pula.
            “…. hancur…”
            “Jeles ye?... abang makin hensem..?” abang mencubit pipiku.
            “ Buat apa nak jeles? Buang karan je…”balasku menjelir lidah.
            “Adik jeles… sebab adik tu gemuk…” selamba kangaroo je dia kata aku gemuk. Nak kena ni… Kaki abangku pijak dengan senang hati.
            “ Aduh…. Sakit ar tak sayang orang ke?” marah abangku.
            “tak.. suke hat…”ayat aku pula dipotong oleh mama.
            “Dah masuk… pergi mandi. Sebelum mama…..”
            “Yes mem….” Sampuk kami berdua untuk mengelakkan sebarang pembebelan dari mulut mama.

Dua hari dirumah, di isi dengan kerja-kerja menolong kak long untuk majlis kahwinnya. Kak long begitu sibuk dengan urusan perkahwinannya. Baju pengantin kak long cantik sangat…. Meletup mengalahkan puteri raja sebenar tau. Nama suami dia hebat tau… Raja Mohammad Haikal Raja Mohammad Hakimi… Suami dia kaya, bijak, hensem, cute dan yang paling penting kak long terima dia seadanya.
            “Adik… tolong kak long hantar kad ni dekat rumah kawan papa. Ni alamat rumahnya… Hantar sekarang tau…” termengah-mengah kak long menghabiskan ayatnya.
            “ Calm down kak… relax .. tarik nafas. Nanti adik akan hantar, tapi kak long kena berteman dulu…” arahku. Kak long menarik nafasnya perlahan-lahan, tanda bertenang.
            “Okey.. kak long adik pergi dulu ye?” ujarku berlalu pergi ke kereta kak long. Cermin kereta diketuk dari luar oleh seseorang.
            “Nak apa?”soalku pelik.
            “Nak pergi mana? Nak ikut…. Abang nak pergi satu tempat jap…” tanpa diundang dia terus menarikku keluar dari kereta dan di arahkan duduk di bahagian sebelah pemandu.




No comments:

Post a Comment