Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 20
            Sejak empat bulan mendapat master di Melbourne. Aku menjadi penganggur terhormat kat rumah. Kerja aku senang je, tidur.. bangun.. solat.. makan.. jogging.. tidur. Abang dah dapat kerja dekat Mega Architecture, dah dua bulan abang dapat kerja dekat situ. Aku juga yang tak dapat-dapat kerja. Papa tak bagi kerja dengan dia, papa suruh kerj adekat tempat lain dulu. Baru boleh kerja dengan papa. Kesian anak papa ni… sampai hati papa.
 Nak kerja dekat butik Aryani mama, macam tak masuk jiwa ar. Kain-kain ni mana aku reti pilih… Baju akupun pembantu peribadi yang pilihkan. Asal baju tu aku boleh memang aku redah je… janji tutup aurat ye? Kalau tak tutup, kesian suami aku.
Baju-baju dekat rumah aku memang kita orang celup dari butik mama je. Senang free of charge. Tak payah keluar duit, tapi kekadang beli kat tempat lain juga. Mama pula memang tak boleh duduk diam bila aku jadi pengganggur sejati kat rumah. Suka suruh aku pergi masuk butik dia, kerja dekat situ tapi aku kalau bab masuk pujuk-rayu ni. Memang aku ar juara dari juara. Selalu berjaya memujuk orang. Horee.. horee… 
Disebabkan hari ni, dah masuk lima bulan aku still tak dapat kerja. Apalagi pujuk-rayu yang boleh kubuat untuk mama. Hari ni, aku terpaka bekerja dengan mama sebagai manager. Baru nak kerja sendiri dekat tempat lain.
“Sayang… dah siap belum? Cepat turun makan…” jerit mama dengan lantangnya. Fuhh… mama dah macam suara orang penyanyi opera. Astaghfirullahalazim.. kutuk mama sendiri pulak. Kena minta maaf ni?
Aku berjalan turun ke bawah dengan memakai baju T-shirt kelabu dan jeans. Mama yang memandang penampilanku hanya membulatkan mata tak puas hati. Benggang je…
“PUTRI IMAN ARMANI…!!!!!!” kuat mama memanggil namaku dengan kekuatan yang tidak kuukur.
“Yes?”
“Pakai baju lain… ada ke pakai baju macam ni. Awak bukan lelaki.. mama bagi Putri dua pilihan. Nak pakai blouse or baju kurung… only two. No more than that.”arah mama sambil menunding jari ke arah bilikku. Kalau tangan mama dah kasi perintah.. nak tak nak kena ar ikut. Kang ada yang cemerut je hari ini.
Aku mengambil keputusan untuk memakai baju kurung berwarna putih bersama selendang putih bertanah hitam. Kasut pula, aku hanya memakai kasut yang rata permukaannya. Nak pakai heel tak reti ar pulak… dan memang aku tak suka pakai heelpun. Sakit kaki…
“Macam ni ar anak mama.. baru ar nampak Putri Iman Armani anak kepada Mohd Ehsan Iskandar dan Alia Maisara.” Puji mamaku. Dah jom ikut mama pergi butik.
Sepanjang perjalanan ke butik Aryani, mama asyik bercerita pasal tugasku dan butik kesayangannya. Butik Aryani ialah anak syarikat Aryani Wisma Holding dan mama memang berjaya membuka butik yang elegan.

“Selamat pagi cik Putri…” Serentak pekerja-pekerja butik yang berbaris di tepi pintu mengucapkan selamat pagi kepadaku.
            Aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengerti. Tak lupa juga berkenalan dengan pekerja-pekerjaku yang ramah ini. Pelbagai info mereka cerita kepadaku. Dari A sampai ar Z. Siapa pelanggan tetap butik ni? Siapa pelanggan yang paling cerewet? Siapa pelanggan paling cantik? Siapa pelanggan paling hensem? Dan macam-macam lagi.
            20 minit di dalam butik cuma di isi dengan menyemak dan memahami latar belakang butik. Bermacam-macam benda aku baca dan tulis. Setelah boring dengan kerja-kerjaku, aku berjalan keluar bilikku untuk memantau pekerjaku membuat kerja. Mama pula keluar berjumpa dengan kawannya kerana ada hal mustahak katanya.
            Tiba-tiba seorang lelaki menegurku. Aku hanya memandang wajah lelaki ini.. siapa dia?
            “AI… tak sangka aku. Boleh jumpa kau kat sini…” tegur lelaki ini ramah.
            “AI?” Oh tidak! Itu namaku di SMK Putra Omar. Siapa dia ni?
            “Buat lupa konon, ni aku ar Alik… Kau dah lupa ke?” soalnya lagi meminta kepastian.
            “Alik? Sor..ry…. A..ku..” Balasku gementar. Kejadian hitam terlintas diminda secara tiba-tiba.
            “Aku datang dengan....”
            “Ehem… seronok mengorat girl lain..? You ni nak kahwin ke tak? Nak bagi I madu sebelum kahwin ke? Seronok ye… awal lagi dah cari spare parts lain…” macam machine gun Pa’e tanya.
            “Fara… you ni.. mana ada I cari spare parts.. You dah lupa ke depan you ni siapa?” tunjuk Alik ke arahku. Membulat mata Pa’e apabila memandang wajahku. Tanpa sebarang isyarat dan kata, dia terus memelukku.
            “AI… rindunya kat kau. Lama tak jumpa.. mana kau pergi.” Soal Pa’e tersedu-sedan. Dia menangis sayu.
            Aku hanya diam tanpa kata, kejadian hitam itu terpadam tiba-tiba. Sejurus sahaja Pa’e memelukku, semua kenangan pahit hilang yang hadir ketika ini ialah rindu pada sahabat-sahabatnya yang sporting.
            “Fara.. dah ar tu. AI terkejut tu.” Pa’e melepaskan pelukannya padaku.
            “AI… kau okey ke?”Soal Pa’e risau.
            “No… aku okey je. Korang apa khabar?” terjumpa sahaja sahabatku ini, hilang semua sakitku di SMK Putra Omar. Terlupa sebentar aku tentang perkara itu.
            Aku bersembang-sembang tentang masa silam kami. Berkali-kali mereka bertanya tentang perpindahanku secara tiba-tiba. Aku cuma menjawab bahawa aku terpaksa ke Melbourne kerana ada hal penting.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, tinggal beberapa jam lagi dari sekarang Pa’e akan menamatkan zaman bujangnya. Hari ini, In Shaa Allah dia akan menjadi isteri kepada Alik. Pa’e cantik memakai baju pengantin berwarna hijau muda di badannya. Ayu dan matang penampilannya. Sungguh indah….
            “AI… wei… ko kena jadi pengapit aku. Ko kena jadi pengapit aku tak kira. Kena juga.. kau… kau…” muka Pa’e dah macam mayat hidup.  Takut dan pucat…
            “Calm down… okey. Kenapa? Jangan ar takut sangat macam ni… rosak make up nanti. Berpeluh-peluh cam ni… Ani.. touch up balik…” aku cuba menenangkan kegelabahan Pa”e.
            “Pengapit aku.. kereta dia rosak. Dia tak leh datang… ko jadi pengapit aku ye? Please….”rayu Pa’e dengan muka macam nak menangis.
            “Tapi aku… mana reti kapit-kapit orang…”
            “AI.. jangan…” sudah tak boleh cakap kawan aku jadinya sebab menangis kerisauan. Tak da pengapitpun boleh jadi macam ni. Fuh… susahnya jadi pengantin ni.
            “Dah… yela.. aku jadi pengapit kau. Dah.. jangan nak buat drama Pa’e. Kau nak jadi bini orang ni…” takut aku tengok Pa’e yang muka entah pape tah.
            “Ot.. Milo.. N bila nak datang?” soalku. Dah lama tak berjumpa sahabat-sahabatku yang lain. Sejak berjumpa kembali dengan Pa’e, aku sudah mula berhubung kembali dengan sahabat-sahabatku yang lain.
            “Fuh… selamat aku. Dorang on the way…”

No comments:

Post a Comment