Pages

Thursday 15 December 2011


BAB 19
            “ Assalamualaikum…. “salam diberi bersama iringan bell.
            “Waalaikumsalam…. Nak cari siapa ye?”soal Puan Nora.
            “ Kami berdua datang nak hantar kad ni…” kad dihulur bersama senyuman. Cantiknya perempuan dihadapanku ni.
            “Anak Alia ye?... Marilah masuk…”jemput Puan Nora. Kami bersembang sedikit tentang kak long dan tunangnya.  Tengku Nora amat peramah orangnya, sungguhku senang sikap ramah wanita ini.
            “ Siapa ni? Nora…” tanya Tengku Hakimi. Mata Tengku Hakimi berwarna hijau kebiruan, sungguh cantik warna matanya.
            “Bila abang balik? Ni anak Alia hantar kad kahwin… Intan anak sulong Alia kahwin sabtu ni….” soal Puan Nora mengambil tangan suaminya lalu dicium.
            “Baru je…  Ye ke? Alia isteri Ehsan ar ni…” soal Tengku Hakimi lagi.
            “Emm… jemput ar minum Putri.. Putra…” pelawa Puan Nora.
Waktu asar sudah satu jam yang lalu masuk, kami meminta diri untuk pamit pulang. Aku menyalami Puan Nora manakala abang pula menyalami Tengku Hakimi. Ketika keluar menuju ke kereta, kami terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali sama sekali. Mungkin anak empunya rumah kot. Mataku bertembung lama dengan mata lelaki itu, cantiknya mata.. Warnanya sama dengan warna Tengku Hakimi… Confirm memang anak tuan rumah ni.

Am berjalan masuk ke rumah dengan tergopoh-gapah. Dia mencari kelibat mami dan daddynya dirumah besar itu.
            “Mami…. Napa orang tadi datang rumah kita?” soal Am dengan muka risaunya.
            “Ooo… dia hantar kad kahwin. Sabtu ni rumah dorang ada kenduri kahwin. Ka……..” Am terus berlari ke biliknya, hatinya terlalu sedih. Wanita yang dicintai dan ditunggu dalam diam akan bernikah teman lelakinya. Nombor telefon Az terus didail…
            “Hello? Napa?” soal Az pelik. Tadi baru je makan sama-sama. Ni apsal tiba-tiba tepon ni.
            “She will marry, Az… They will marry…” ujar Am lemas sekali.
            “Wait.. wait… who will marry? She? They? What is wrong with you?”  Bertambah-tambah hairan Az dengan kata-kata Am.
            “Sweet lady… she will marry with her boyfriend. This Saturday..” terkejut beruk Az bila tiba-tiba Am buka cerita pasal gadis yang dia jumpa lima tahun dahulu. Ingat mamat ni dah lupa pasal perempuan tu.
            “Kau still ingat dia lagi?” Soal Az menginginkan kepastian.
            “Aku tak pernah lupakan dia…” balas Am sayu. Mungkin tiada jodoh buatnya dengan perempuan itu. Cinta tak semestinya perlu bersatu… Ia perlukan pengorbanan.
            “ How did you know about her marry?”
            “Tadi dia dengan tunang dia hantar kad kahwin kat rumah aku dan bertembung dengan aku… Dia anak kawan mami dengan daddy aku rupanya.”
            “Relax ar Am… banyak lagi awek lain ko boleh kahwin. Cinta boleh dipupuk ar… Lagipun, Trishakan sayang kau tahap gaban… Ramai lagi perempuan yang sayang kat kau. Tinggal pilih je… Lupakan your sweet lady dan cari your future wife. Forget all about sweet lady…” balas Az.
            “ Tapi…. Dorang cuma nak duit aku je. Dulu masa aku specky plus nerd plus selekeh.. dorang kutuk aku.. kata aku miskin tak layak kawan dengan dorang.. Trisha tu pulak dulu bukan main benci kat aku.. sekarang apsal dia nak tangkap cintun dengan aku lak… lepas aku dah ubah penampilan. Minah yang gedik-gedik tu pulak, lepas kantoi aku anak kerabat tengku… semua nak dekat-dekat dengan aku… arrrgggg rimas kau tau tak…” rungut Am benggang.
            “But at least now she loves you so much. You can see that right. This is time for you to seek the woman for be Mrs. Adam. Trust me, Am… Sweet lady is not your partner. She will be someone’s wife.. Trisha… you can love her. I know you can… forget about sweet lady and remember plus focus with Trisha.” Bersemangat Az mengucapkan kata-katanya. Kawannya ini kena sedar, sweet bukan jodohnya.
            “I can’t tackle a woman… I don’t know the style. Can you teach me? I must forget about the sweet lady.. Must forget…” balas Am. Cinta boleh dipupuk, sweet lady mesti dilupakan. Dia tidak mahu mengingati bakal isteri orang. Tak mahu!!!!!
            “Hahaha… that is the spirit. You know right…  tackle-mentackle ni my expertise.” Terkejut juga Az dengan semangat Am yang ingin berputus asa dan melupakan sweet ladynya itu. Am yang dia kenal sebelum ni tak pernah mengaku kalah dalam semua situasi. Kalau dia nak sesuatu benda, mesti dia kan berusaha sampai dia dapat benda yang dia nak.
            “I know…. Okey ar. Chow… Assalamualaikum..” ujar Am lalu mematikan telefon bimbitnya. Am memandang rupanya dicermin, Am yang dulu dengan Am yang sekarang dah lain. Tiada lagi cermin mata yang tebal dan besar. Yang ada hanya lens atau cermin mata bersaiz biasa. Tiada lagi lelaki nerd dengan gaya rambut yang tidak terurus, yang ada hanya lelaki yang berambut terpacak-pacak atau gaya fesyen-fesyen rambut terkini. Tajam tu kalau dia buat gaya terpacak-pacak… cicak jatuh. Confirm mati… Penampilannya betul-betul berubah 180 darjah dari dirinya yang dulu. Dia berubah kerana serik dikutuk dan dibuli ketika di universiti. Dia juga berubah kerana lelah dengan sikap kawan-kawan mami dan daddy yang asyik membanding-bandingkan dirinya dengan adik lelakinya yang kacak lagi bergaya itu.
            Sekarang, tiada lagi orang yang sibuk membanding-bandingkan dirinya. Semua orang kata, dia lebih hensem dari adiknya. Matanya sering dipuji kerana lain dari adik-adiknya. Hanya dia saja yang mengikut genetic mata biru kehijauan ayahnya. Sejak dia merubah penampilannya, ramai gadis yang cuba mendekatinya. Tiada seorangpun yang dia layan, cintanya tetap utuh pada sweet ladynya yang misteri itu. Baginya, sekali cinta kutetap cinta…
            Adakah dia mampu meruntuhkan rasa cinta pada sweet ladynya itu? Adakah Trisha mampu mengantikan cintanya pada sweet lady itu? Mungkinkah juga cintanya pada sweet lady mampu diganti dengan cinta lain? Sungguh dia keliru.. dengan apa yang dia utuskan tadi.















No comments:

Post a Comment