Pages

Sunday 20 November 2011


BAB 4

            “Oit AI… jom gi DM (dewan makan). Perut aku bukak irama pop rock ar.” Ujar N dengan muka simpati. Kebulur ar tu….
            “Okey…..” jawabku sambil tanganku lincah mengemas meja belajar di dalam dorm itu. Tudung di dalam almari kuambil untuk dipakai. Di sekolah ini, pelajar dibenarkan untuk memakai tudung atau tidak tetapi aku dan gengku semua memakai tudung. Isk… aurat la. Kalau sekarang bagi budak lelaki tengok, nanti suami aku nak tengok apa?
            “Wei… tadi ko jumpa senior tu. Korang buat apa?” Tanya N teruja.
            “Oooo tu.. dia ajak aku dating dengan dia dekat belakang dewan sekolah lepas habis waktu sekolah je.” Jawabku acuh tak acuh.
            “ Dating?  Amboi banyak punya romantikus ini olang… Balu dua mingdu setolah sini, lu sudah ada peminat ma.. Hehehe… ajak dating lagi ma.. romantikus ini jantan ma…” loghat cina-melayu N bercakap.
            “Hahaha… sejak bila kau jadi amoi ni N. Banyak ar ko punya romantikus. Geli aku dengar tau.” Luahku pula.
            “ Hahaha….  You’re cruel but…. I like. Anyway, if he coming to you again and invite you to go dating with him. What will you do? Accept or ignore his invitation?” soal N kepadaku.
            “ I’ll ignore the invitation. I will not do nonsense things. It will waste my times and I hate that.” Jawabku pula.
            “For you, what is meaning of love?” Tanya N pula
            “ I don’t know… maybe something can make  you happy or comfortable.” Jelasku pula.
            “Maybe….” Jawab N pula.
            “ Kalau aku pas mamat tu kat kau.. Kau nak tak?” selorohku.
            “  Thanks but no thanks…  tak ingin aku. Kalau kau bagi freepun aku tak sudi tau.” Jawab N pantas. Nampak sangat dia tak nak….
            “ Ecece… tinggi yer taste. Aku bagi freepun tak nak? Memilihnya….” Balasku pula.
            “Mesti ar… kalau aku tak pilih. Habis binasa hidup aku tau. Actually, ramai jejaka dekat sekolah ni yang minat kat aku tau. Cuma dia orang tak sanggup nak bagitau sebab takut dengan penolakan aku je…” bangga N memberitahuku.
            “ Kalau bab perasan, memang pas dekat kau ar. Masuk lif tekan sendiri je ko tau.” Perliku pula.
            “ Hahaha…. Baru tau ke ak……” bicara N tidak diteruskan . Ot, Pa’e dan Milo melambai tangan ke arah kami. Macam tau-tau je perut kami tengah mainkan lagu pop rock… hahaha… Kebulur…

Cantik ar…. Macam tau-tau je aku tengah kebulur ni. Sampai sini semua dah sedia dengan minuman dan desert.. Sayang korang…. “ kata N dengan hati yang senang.
            “Haha… aku pun sayaaannnnngggg korang…” sampukku pula.
            “Masa ini ar sayanggggg…….” Perli Ot, Milo dan Pa’e serentak. Sehati, sejiwa, sepancrease, seusus betul dia orang ni.
            “Milo…. Kau baca doa.” Arah Pa’e manakala Milo pun berlagak ar bagai pak imam baca doa. Hahaha…. Macam-macam perangai.
            “Mana tau kami nak turun makan?” Tanya N pelik.
            “ Akukan ada sixth sense… aku tau ko tengah kebulur tahap orang utan kat dorm.” Kata Pa’e dengan gaya macam nujum pak belalang.
            “Banyak ar kau punya sixth sense… makanan kau pun aku yang ambikkan. Masuk rumah kunci sendiri nampak” jawab Milo selamba. Hehe… pecah tembelang Pa’e.
Isk.. Milo ni balaci(pereport) ar.. Diam sudah.” Balas Pa’e pula.
Kantoi sudah….” Jawabku dengan member-member yang lain kecuali Pa’e serentak.

Kegembiran kami terganggu apabila tiba-tiba ada orang menjerit. Histeria apa budak ni? Getusku dalam hati.
            “Hey… kau tau tak aku siapa? Aku ni anak Dato’ Zaman tau. Pemilik syarikat Megah Holding. Kalau kau tak nak kena panggil dengan warden sebab halang aku nak makan. Baik kau ketepi. Semak ar.” Angkuh pelajar perempuan ini berkata. Siapa tak kenal dengan perangai gedik minah yang bernama Elina ini. Satu sekolah dia nak jaja nama ayah dia Dato’ Zaman. Bukan orang kenalpun siapa ayah dia. Yeye.. cakap. Dah ar satu kelas dengan aku, sibuk je kutuk aku miskin dekat kelas sebab bila ada budak lelaki minta nombor telefon aku. Aku cakap aku tak da telefon. Bukan tiada sebenarnya, malas nak pagi je….
            Anehnya, kalau abang aku ada dengan aku, punya baik minah ni layan aku. Pijak kutupun tak mati tau. Kalau abang aku tiada, macam-macam sumpah seranah aku dapat. Bukan talam dua muka dah dia nie.. Empat muka aku rasa. Aku syak dia ni syok habis la dekat abang aku. Entah! Nobody knows…..
            “Asal tu…?”tanya Pa’e.
            “Entah… aku rasa dia potong barisan ar… tu yang senior depan tu mengamok sakan tapi tengak ar tu. Nak bukak citer pasal hikayat bapak dia ar tu” jawabku acuh tak acuh. Malas nak masuk campur.
            Kami semua menyambung kembali santapan kami masing-masing. Sementara menunggu makanan kawan-kawanku yang lain habis. Aku melemparkan pandanganku ke seluruh DM untuk menghilangkan kebosanan. Tiba-tiba….
            “Oit buta ke? Mata kau letak dekat mana? Letak dekat lutut? Ada mata macam tak da mata. OMG…. (Oh my God) patut ar langar aku, terlebih mata rupanya. Oit buta.. mata dah jadi empatpun kau boleh langgar aku lagi. Dasar budak bodoh…” kata Elina sambil menarik cermin mata junior tu dan memijak cermin mata itu sehingga pecah. Junior itu tidak dapat buat apa-apa kerana  kedua tangannya dipegang oleh geng Elina ni. Yang lain tidak berani masuk campur kerana Elina ialah anak buah mama Lisa iaitu ketua warden di sekolah ini. Garangnya… bukan main lagi. Dah ar apa yang Elina cakap dia percaya, betul ke tak betul ke tetap betul bagi mama Lisa kalau Elina yang cakap. Isk… pilih kasih betul..
            “ Kau tau tak baju ini bapa dolar? Mahal tau tak.. kalau bayar dengan gaji ayah kau pun belum tentu dapat beli baju yang ori ni tau. Baju ini aku beli dekat UK kau tau.. UK. Ops.. mungkin kau tak tau UK tu apa sebab kau tu budak miskin mana pernah pergi UK.UK tu United Kingdom ar.. bukan Ulu kelang… Hahaha…. Dasar KG(kampung)….” perli Elina lagi sambil tangannya menujah-nujah kepala junior itu.
            Ot dan gengku sudah bangun dari kerusinya menuju kearah budak itu. Bengang kami dengan perangai kurang ajar Elina.
            “ Oit.. bendul... nak batak pon tak payah ar... UK guna pount sterling ar bukan dolar. Kata pergi UK... tapi duit UK pon tak tau...” Ujar Ot selamba sambil gelak terbahak-bahak. Terbeliak mata Elina dengan sindiran Ot.. 
           “Kau!!! Berani kau panggil aku bendul, kau fikir kau siapa ha? Kau tau tak aku ni…..” belum sempat Elina menghabiskan ayat keramatnya. Pa’e menyampuk dengan suara meluat.
            “ …… anak Dato’ Zaman. Entah zaman mana tah dia ambikpun aku tak tau.  Kau tengok anak dia ni memang celup dari zaman kuno agi.” Jawab Pa’e selamba sambil tersenyum sinis.
            “ Kurang ajar kau… Kau jangan kutuk nama bapak aku.” Pekik Elina lagi.
            “ Oh…. Maaf la TERCAKAP pulak…” jawab Pa’e.
            “ Kurang ajar…” Terangkat tangan Elina hendak menampar Pa’e tetapi sempat diselamatkan apabila aku menahan tangannya dari mendarat sesuka hati di muka Pa’e.
            “ Don’t you dare touch my friends… or you will regret forever”  Jawabku tegas.    
            “ Siapa yang akan buat hidup siapa menyesal? Kau ke aku? Aku boleh buat hidup kau musnah sekelip mata. Kalau kau tak nak hidup kau merempat dengan mak bapak hina kau tu dekat tepi jalan baik kau jangan halang aku.” Pekik Elina kepadaku pula.
            “ Oh ya? Do I scared with the threat? No right…” jawabku dengan senyuman sinis.
            Panggggggg….. pipiku ditampar tanpa sempat orang lain menghalang. Terlepas tangan Elina dari genggamanku. Terpusing badanku dengan tamparan yang kuat itu.
            “ Kenapa? Tak lawan.. tadi kata tak takutkan?” jawab mama Lisa dengan mata yang garang merenungku.
            Aku bangun memandang kearah warden itu tanpa sedikitpun rasa takut di hati. Dengan muka yang selamba aku menjawab.
            “ Saya tak lawan bukan saya tak berani.. Cuma saya tak nak kurang ajar dengan cikgu.” Jawabku berani.
            “ Kamu dengan kawan-kawan kamu pergi masuk dorm sekarang juga. Jangan cabar kesabaran saya.” Arah mama Lisa dengan wajah yang terkejut. Mungkin terkejut kerana aku berani melawan pandangan mata garang itu. Aku tidak salah kenapa aku perlu takut.
            Aku tetap berdiri di situ tanpa bergerak sedikitpun dengan pandangan mata tepat kearah cikgu itu. Kawan-kawanku yang lain sudah mula gusar  dengan perbalahan ini. Tanpa sebutir bicara, kawan-kawan terus menarik aku keluar dari DM dan menuju ke dorm.

           
Di dorm, aku terus baring dikatilku sambil memejamkan mata untuk menenangkan perasaan marah ini. Orang disekeliling hanya memerhatikanku sahaja. Teman-temanku pula, hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba...
AI… kau okey ke?” Tanya Pa’e takut-takut. Aku membuka mata lalu tersenyum. Aduh.. Bibirku pecah rupanya, patut ar pedih. Tak pe ar, sikit je ni…
Aku okey.. jangan risau. Eh… Milo dengan Ot mana?” tanyaku hairan kerana Ot dan Milo hilang. Tadi ada sekarang tak da pula.
Dia orang keluar kejap.” Jawab Pa’e dan N serentak.
Aku mintak maaf sebab aku.. kau yang kena 'makan' dengan mama Lisa tadi. Maafkan aku sebab nak lindungi aku dari kena tampar dengan Elina. Kau pulak yang kena tampar dengan mama Lisa. Aku betul-betul mintak maaf, sebab tak dapat lindungi kau tadi. Aku……” bicara Pa’e disampuk oleh aku.
“ Relax ar… apa guna aku jadi kawan. Kalau aku tak tolong kau.. mungkin lain kali kau boleh tolong aku.” Jawabku jujur tanpa mengharapkan sebarang balasan dari pertolongan tadi.
“ Assalamualaikum….” Ot dan Milo memberi salam serentak sebelum memasuki dorm kami ini. Ditangannya terdapat first-aid kits dengan air dan tuala. Mereka menuju kearahku sambil melemparkan sekilas senyuman.
“ Sini muka tu….” Arah Ot kepadaku.
Nak buat apa?” Jawabku blur.
Nak operation ar…” jawab Milo pula.
Ecece… operation pulak.” jawabku malas.
Jangan banyak bunyi.. Meh sini muka tu..” jawab Ot pula.
Tak payah ar… Bukan terukpun… “ jawabku pula. Tidak dihiraukan kataku, mereka terus memegang tanganku dan Ot pula membersihkan lukaku dengan berhati-hati. Aduh.. pedih betul ubat untuk luka ni.. Bicaraku dalam hati.








No comments:

Post a Comment