Pages

Sunday 20 November 2011


BAB 5

            “ Adik. Kenapa dengan muka tu?” tanya abangku risau.
            “ Jatuh bilik air…” Jawabku malas.
            “ Mana ada orang jatuh bilik air luka sampai macam tu… Baik adik bagitau abang macam macam mana bibir tu boleh pecah. Pipi tu pun dah lebam…” Soal abangku lagi.
            Aku hanya diam, tidak bercakap sepatahpun, malas nak aibkan orang dapat dosa lagi ada ar. Buang masa je…
            “ Adik,, abang tanya ni. Janganlah buat abang risau macam ini. Pa’e…..” panggil abangku.
            “ Kenapa?” tanya Pa’e blur.
            “ Asal muka adik aku sampai lebam-lebam macam ni?” tanya abangku risau.
            “ Ooo… jatuh bilik air…” Jawab Pa’e. Sebelum ke sekolah lagi, aku dah bagitahu kepada gengku kalau orang tanya kenapa mukaku lebam-lebam, jawab saja jatuh bilik air.
            “ Kau jangan ar kelentong aku..” jawab abangku keras, mungkin sudah benggang kerana jawapan yang di ingini tidak diperolehi.
            Pa’e hanya menjungkit bahu tanda malas mahu berdebat dengan Ar. Ar ialah nama panggilan abangku di sekolah. Hanya gengku dan geng abangku sahaja yang memanggil nama itu. Orang lain akan memanggil abangku Putra.
            “ Adik jangan ar nak tipu abang. Jawab la betul-betul.” Paksa abangku lagi.
            Aku juga tidak menjawab hanya menjeling tajam ke arah abangku tanda tidak mahu diulas lagi perkara ini. Tak larat nak tambah dosa kering sebab menipu masalah lebam di muka ini.
            “ Yela… abang caya jatuh bilik air. Mulalah nak merajuk tu....... Anak manja..” Jawab abangku mengalah. Mungkin tidak mahu bergaduh dengan aku lagi.
            Aku tersenyum juara, aku tahu abang akan mengalah kerana abang selalu mengalah denganku di rumah mahupun disekolah. Abang mithali ni tau…
            “Putra.. boleh tolong Ely tak?” Minah gedik ini datang dah.. Elina atau nama glamornya Ely.
            “ Kenapa?” jawab abangku.
            “ Ely tak faham ar dengan soalan math ini. Boleh Putra terangkan tak?” jawab Ely manja sambil tersenyum menggoda. Abangku pula hanya membuat riak biasa, langsung tak tergoda. Padan muka kau….
            “ Ooo… macam ni..  mula-mula cari dulu jumlah barangan sebelum dijual. Lepas tu, tambahkan dengan jumlah jualan sekarang. Dapat jawapannya, bahagi dengan berapa bulan jualan barangan tambah dengan 40 ringgit. Dapat ar jawapannya.” Terang abangku satu- persatu cara penyelesaian bagi soalan ini.
            “  Faham?” tanya abangku lagi kepada Elina.
              Terkial-kial Ely mengangguk tanda faham. Entah faham entah tidak, dari tadi mata bukan dekat buku yang abang aku terang. Mata tu melekat tengok muka abang aku, mana la nak faham. Tau ar abang aku kacak, macho, baik lagi penyayang.
            “ Baru Ely faham, kalau Putra yang terangkan mesti Ely faham. Kalau orang lain terang tak tau ar kenapa ar Ely tak boleh faham. Otak Ely ni nak Putra je kut yang terangkan. Kalau tak dia tak nak faham…” jawab Ely dengan suara manjanya itu. Banyak ar ko punya faham. Pelakon betul. Hehe.. aku tahu macam mana nak buktikan yang kau faham sangat dengan  apa abang aku terang. Jom kita tengok banyak mana kau faham.
            “ Betul ke faham. Cuba abang suruh dia terang balik apa yang abang terang. Nanti kalau salah terang nanti abang gak yang susah. Bagi ajaran sesat… “ Kataku sambil memandang Ely sinis. Ely pula mula mengelabah mendengar permintaanku tadi. Habis la aku, mana aku dengar apa dia kata tadi.
            “Betul jugak tu. Cuba terang balik.” Balas abang tanpa mengetahui tentang perseketaan ini.
            “Emmmm……….” Belum sempat Ely nak bersuara. Ketua kelas memberi arahan bangun semua kerana cikgu sudah masuk ke kelas. Alamak terlepaslah pulak. Tak pa lain kali.

Waktu rehat……
            “ Asal dengan muka adik kau tadi Ar?” tanya Alik kepada abangku. Nama penuhnya Malik tetapi kami memanggilnya Alik
            “ Aku tak tau.. dia kata jatuh bilik air.” Jawab abangku pula.
            “ Tipu.. aku tahu tu kesan kena tampar atau tumbuk ar. Takkan bibir dan pipi boleh luka macam tu jatuh bilik air. Nonsense…” jawab Epul atau Saiful.
            “ Aku tahu.. masalahnya budak manja tu tak nak ngaku..” rungut abangku pula.
            “ Dia tak nak kau risaukan dia…” jawab Shah pula.
            “ Kalau dia diam tak bagitahu apa-apa lagi buat aku risau tau.” Balas abangku.
            “Tapi serius aku tengok, muka dia memang lebam habis pipi sebelah kiri.” Ujar Arel pula. Alik, Epul, Shah dan Arel ialah kawan baik abangku. Mereka ini satu geng macam aku, Ot, Milo, Pa’e dan N juga.
            “Aku akan siasat.. siapa buat muka adik aku sampai macam tu sekali.” Jawab Putra serius.
            “ Aku join…” jawab Arel dan Shah
            “ Jangan lupakan aku… aku nak join gak.” Jawab Alik.
            “ Aku rasa aku tahu macam mana nak settlekan benda nie secara senyap-senyap.” Jawab Epul pula.


Betul ke???” tanya abangku tak percaya.
            “ Betul… memang AI kena tampar dengan mama Lisa. Dia tak salah… She just wants to protect someone.” Jawab pelajar itu.
            “Someone tu sapa?” tanya abangku tidak sabar.
            “ Tu aku tak leh bagitahu.. yang penting adik kau memang tak salah. Dia cuma nak lindungi someone tu je.”
            “Abis dak perempuan yang mama Lisa lindungi tu sapa pulak.?” Tanya Epul tak sabar.
            “ Tu pun aku tak leh bagitahu… setakat ni je aku leh bagitahu. Okey.. I need to go..” kata pelajar itu dengan pantas dia terus berlalu.
            “ Kau percaya ape yang dak tu cakap?” tanya Alik.
            “ Yes but not 100%...” jawab Putra pula.
            “ Apa kau nak buat lepas ni…” Tanya Shah pula. Dari tadi, dia mendiamkan diri mencernakan cerita pelajar itu.
            “Aku nak dapatkan bukti dan saksi… pastu aku akan bawak benda ni ke pihak sekolah. Aku tau adik aku tak salah, aku tau perangai dia. Mama Lisa tak patut lempang dia sampai lebam pipi dia tanpa usul periksa. Ni tak adil.. aku akan cari keadilan tu tuk adik aku, walau apa cara sekalipun. I will protect her as long as I can. That is my promise..” jawab Putra tegas.
            Bertuah AI sebab dapat abang yang begitu menyayanginya. AI kau betul-betul bertuah………….

No comments:

Post a Comment