Pages

Friday 2 December 2011


BAB 11

            Kad request untuk annual dinner telah dihantar. Pelbagai ayat bermadah aku dapat untuk jadi partner penghantar request ni. Naik berbulu mata aku tengok.. Romantikus giler.. Geli-geleman aku jadi yer tapi yang peliknya, aku dapat request dari abang aku. Sah-sah budak tu tak da minat kat budak dalam sekolah ini. Ada ke suruh aku jadi pasangan dia? Lawak… ayat babak simple.. tak da madah-madah pun…. Hehe.. siap main ugut-ugut lagi. Tak boleh jadi ni.

            Adik.. ini satu amaran… Adik kena jadi pasangan abang. Kalau tak abang report
semua masalah yang adik dah buat dekat sekolah dan rumah.. kepada mama dan papa
 tercinta.
                                                                                                            -AR-
Putri.. I hope you will be my princess in the dinner.  
                                                                                        -Joe-
Princess? Pelik je mamat yang bernama Joe ni… sah-sah aku tolak. Kenal pon tak. Mama kata jangan dekat dengan orang yang tidak dikenali.

            Matamu seindah cahaya bulan memancar minta ditatap…
            Mukamu seindah bulan penuh minta dilihat…
            Pabila mataku bertentang dengan matamu…
            Berdegup laju jantung dan nafasku…
            Adakah kita ditakdirkan tuk bersama…
            Ya… itulah jawapannya jika permintaan ini dikau terima..
            Salam kasih dan harapan buatku pada dirimu…
            Yang Berjaya mencuri hati kecilku….
                                                                     -ZUL 4 BETA-

            Kalau lelaki yang madah-madah ni mesti buaya tembaga emas… gatal giler… Meremang bulu roma aku baca puisi dia. Nak muntah pun ada…. Geli nya.. Mama… tolong… Kalau ayat macam ini, mama kata jangan layan sebab lelaki macam ni spesis buaya terlebih tembaga. Makin di layan makin naik tembaganya..
            Kau lebih indah dari mawar dirumahku….
            Kau lebih comel dari kucing dirumahku….
            Kau lebih cantik dari ladybird dirumahku…
            Sudikah kau jadi pasangan untuk dibawa ke rumahku….
                                                                        -MAIL-
            Yang ayat yang bahaya ni… Siap nak angkut balik rumah lagi. Dia fikir aku bini dia ke? Nasib baik, aku tak kenal dia… kalau aku kenal.. memang dapat back hand aku je… Mama aku kata, orang macam ni tak boleh buat suami. Bahaya tau….
            You promised me yesterday to be my partner… Remember that.
-         Amir Airiel    -
            Ayat macam ni ringkas je tapi dia kata aku dah janji.. Janji??? Bila masa? Kalau dah janji mesti tunaikan, aku didik dari kecik untuk berpegang pada janji yang di buat tapi kenapa aku berjanji dengan lelaki ni tanpa aku sedar? Bila masa aku janji? Tak boleh jadi ni. “Sekali janji mesti ditepati.” Prinsip hidupku selama 16 tahun aku hidup. Lagipun, mama kata janji mesti ditepati.
           
“Arel…” jeritku apabila ternampak kelibatnya masuk ke kelas selepas waktu rehat.
            “Asal?” Kenapa dengan minah ni, nak cancel date apa? Mintak-mintak jangan… Aku tidak menjawab hanya menunjukkan arah keluar dari kelas. Arel hanya mingikuti langkahku sehingga ke taman berdekatan.
            “Bila aku janji dengan kau untuk temankan kau?” tanyaku gopoh.
            “Ada la.. semalam pagi. Ingat tak.. Dua kali aku tanya.. pastu kau jawab okey..” yakin sekali Arel berkata seperti tiada pembohongan dibuat. Sah memang aku yang salah sebab tak dengar betul-betul semalam.
            “Betul ke?” tanyaku meminta kepastian.
            “Betul ar.. Jangan ar cancel….” Macam gaya memujukpun ada juga.
Terpaksa ar… getusku didalam hati. Masanya sudah tiba untuk mengeluarkan ayat goring berserta rempah ratus untuk membatalkan janji yang telah dibuat. Kalau aku tak pergi nanti mungkir… aku akan buat Arel yang batalkannya. Abangku boleh jadi sebab paling munasabah…
“Tak boleh ar… abangku nak jadi pasangan aku. Dia siap ugut aku lagi kalau aku tak jadi pasangan dia…” kataku benar.
“Ooo.. pasal tu ye? Abang kau suruh aku bagitau kau yang dia cancel jadi partner kau. Dia kena jadi ahli jawatankuasa bidan terjun, Mat tarik diri tiba-tiba… jadi tak de sapa nak ganti. Abang kau ganti ar..” bebel lelaki ni.
            Gagal… alasan tak berjaya. Mana perginya otak bergeliga aku.
            “Malam tu temanya apa?”
            “Emmm…. Pakaian tradisional macam sari.. cheongsam… baju kurung or kebaya… So nak pakai baju apa? Warna apa?” tanya Arel riang.
            “Entah.. ikut suka kau ar…” malas nak cakap lagi dah.
            “ Aku pakai baju melayu… kau pakai baju kebaya.. Emmm.. warna hijau. Macam pokok pisang tu…” beria-ria lelaki ini merancang.
            “Aku tak da kebaya. Kurung je ada..”
            “Ok.. kau pakai baju kurung je ar…” jawabnya lagi.
            “Aku tak de baju warna hijau macam pokok pisang…” alasan sudah kembali.
            “Emm… hitam.. ar..”
            “Tak de…” macam-macam alasan aku cari.
            “Ok.. kau ada warna apa?” soalnya lemah. Fed up dengan perangaiku yang asyik memberi alasan tetapi dalam hati Arel. Dia tetap akan cuba dapatkan gadis dihadapannya ini. Gadis ini amat sensitive dengan manusia bernama lelaki. Dia hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja bukan sebarangan orang. Tak tau apa yang gadis ini cari, kekayaan semestinya tidak. Lelaki kaya macam Joe pun dia tak layan, berkawan dengan gadis ini amat sulit sekali. Macam-macam cara lelaki sekolah ini cuba untuk mendekati dia tetapi tetap gagal. Alik, Shah, Epul dan Arel bernasib baik dapat berkawan dengan gadis inipun kerana abang kembar tersayangnya berkawan baik dengan mereka. Kalau tidak, semua hampeh
            “Emm… warna oren.” Jawabku riang.
            “Okey.. oren. Malam tu pakai baju oren tau.” Katanya sambil berlalu pergi. Merajuk ke? Baju oren? Hehe… plan jahat kembali. Malam esok aku nak pakai baju warna pink ar. Biar lain warna. Nanti orang ingat bukan pasangan…..





















No comments:

Post a Comment