Pages

Friday 2 December 2011


BAB 12

            “AI…. Kau jadi partner Arel ye?” soal Pa’e teruja dengan nada yang perlahan. Pa’e tidak mahu orang di dalam kelas tahu.
            “Emmm….” Lagi perlahan suara aku jawab.
            “Sedih je bunyi….” Tanya N dengan muka nak tahan gelak. Nak gelakkan aku ar tu… Tak simpati langsung.
            “Diam ar…”
            “Eceh.. mulut kata tak mahu… hati kata mahu.” Perli Pa’e.
            “Suka hati ar… Dah aku tak tak suka.. tak suka ar..” jawabku benggang.
            “Yela-yela… tak suka sudah..” balas N meleraikan kami.
            “Mana kau tau aku jadi partner dia.. Benda tu kan rahsia?”
            “ Tadi aku nampak kau jumpa dia kat taman…” kata N selamba.
            “Kantoi sudah… kau dengan sapa N?” tanyaku pula yang teruja.
            “Azim….” Jawab N tersengih. Katannya, dari form one lagi mereka berdua dah jadi partner. Kawan baik sejak tadika katanya.
            “Amboi… azim tu… Hensemyer… bagi aku ar..” saja provok N.
            “Boley.. Arel kasi aku. Hensem tu…” balas N laju.
            “Gatalnya….” Tertawa kami mendengar kata N. Dalam group kami, N dan Pa’e lebih keperempuanan berbanding Ot dan Milo. Kalau bab baju, mekap dan aksesori memang makanan N dan Pa’e ar tetapi kalau bab lelaki, semua lepas tangan buat dono je. Dia orang ni bukan kategori perempuan fikir zon cinta-cintun. Tak masuk jiwa ar. Berkawan boleh bercinta tidak… Prinsip group ini.
            “Kau dengan sapa Pa’e?”
            “Alik je….” Balas Pa’e.
            “Alik? Vaa… Alik tu.  Korang dah masuk zon cinta-cintun ye?”
            “Tak kuasa aku…. Tu je lelaki yang aku kenal. Aku ambik je ar..” Tahun ini, baru pertama kali Pa’e menjadi tetamu. Sebelum ini, dia, Ot dan Milo akan menjadi ahli jawatankuasa mengurus makan malam terakhir sekolah. Pa’e tidak terpilih pada tahun ini untuk menjadi ahli jawatankuasa. Kesiannya….
            “Ko pakai baju apa malam tu?” tanya N menutup cerita tentang lelaki.
            “Entah.. paju pink tu kot…” spontan sahaja ayat itu keluar.
            “TAK BOLEH…” Jerit N dan Pa’e lalu berdiri. Jeritan mereka telah menarik perhatian pelajar-pelajar lain didalam kelas itu.


“Apsal kau nak jumpa aku kat sini.?” Tanya Ot hairan. Bahan-bahan majlis belum di kemas lagi. Mereka mesti cepat pergi ke pentas. Kalu tak nanti mesti cikgu marah sebab mereka tak bertanggungjawab.
            “Aku nak minta tolong dari korang ni…” kata Arel dengan muka simpati.
            “Apa?” Sergah Milo dari belakang.
            “Kau ni… Yang kau dekat sini sekali ni kenapa?” tanya Arel sambil mengurut dada. Terkejut sangat ke?...
            “ Saja.. korang buat apa ni? Dating ye?” Tuduh Milo.
            “Jangan nak merapu dekat sini.. Tolong ar tranformasi AI untuk aku…” pujuk Arel dengan pandangan mata yang boleh mencairkan hati perempuan yang melihat. Yang pasti, ada seorang yang berada disitu telah lama cair dengan Arel tapi sebaik mungkin rasa itu dipendam dalam hati. Lelaki berketurunan tengku ini tidak layak dengannya. Berkali-kali dia menyatakan perkataan itu dalam dirinya.
            “Ot.. apsal kau diam ni… Tolong ar aku…” hilang semua angan Ot tadi.
            “Macam mana? Mana ar aku tau…” jawab Ot laju
            “Okey… Caranya macam ini……………” Rancangan telah dirancang sebaik mungkin. Harap-harap ia akan berjaya. 



No comments:

Post a Comment