Pages

Friday 2 December 2011


BAB 13

“ Pakai baju ni ar… cantik sikit.” Arah Pa’e. Penat melayan kerenahku yang tidak mahu memakai baju yang diberi Ot.
“Tak nak… bajunya cantik sangat. Nanti semua nak ajak aku kahwin express sebab aku cantik sangat malam ni.Hahaha…..” berloyar buruk aku sekejap untuk menceriakan Pa’e yang dah mula benggang dengan kernah aku.
“Perasan… baik kau pakai baju yang aku bawa ni. Sebelum…. aku pakaiankan kat kau. Aku dah mula benggang ni…” Ugut Pa’e pula.
“Aku takut ar nak pakai baju orang.. nanti kotor macam mana..?”
“Tak… cepat ar…” jawab Pa’e benggang. Cepat-cepat aku menukar baju yang diberi Pa’e. Takut Pa’e meletup…
            Baju kurung yang berwarna biru laut itu di padankan dengan selendang satin biru yang bercorak belang-belang. Usai bersiap, kami berlari sepantas mungkin ke dewan kerana kami sudah terlambat. Sesampai sahaja di dewan, kelihatan Alik dan Arel bermundar-mandir di hadapan pintu utama dewan. Mungkin risau kerana hanya kami sahaja yang tidak sampai-sampai. Alik datang ke arah kami apabila terlihat kami lalu mengambil Pa’e dari aku. Mereka jalan beriringan menuju ke dewan. Tinggallah aku dengan Arel di luar dewan.
“Ni apsal pandang-pandang orang ni… Tak da kerja ke?” tanyaku sambil menjeling tajam pada Arel. Mata Arel tak berkelip pandang aku bila aku datang.
“Hehe.. sorry. Kau nampak lain ar… Kau Nampak macam… macam… ma..cam… ma.. ma.. cam….. ” asal pula dengan aku ni tiba-tiba penyakit gagap datang pulak bila nampak AI pakai baju ni. First time nampak AI yang kasar ni mekap. Comelnya…
“Kau ni asal? Tiba-tiba penyakit gagap datang…?” tanyaku hairan sambil meluru ke arah dewan. Arel terus lari ke arahku untuk jalan beriringan denganku.
Masuk sahaja ke dewan, kami mendapat perhatian dari tetamu-tetamu yang hadir di dalam dewan. Begitu banyak sekali, mata yang memandang ke arah kami. Mungkin terpegun tengok aku terlajak cantik kot. Hehehe… eceh perasan je lebih. Orang pandang dekat kita orang sebab lampu suluh dewan tu suluh ke arah kami je. Hehe.. baru nak perasan cantik lagi ayu malam ni.
Apabila tiba di meja makan kami, tiba-tiba Arel jadi lelaki gentlemen… Siap tarikkan kerusi lagi untuk aku. Kawan-kawan yang lain sudah tersengih-sengih macam kerang busuk untuk si Arel ini. Buat malu je. Tasya dekat meja sebelah macam naik angin je. Merah muka dia tahan marah. Dia minat Arel ke?.... Oh tidak! Si Arel ni pulak… apsal nak jadi budiman sangat ni.. Memusykilkan aku je.. Pelik anak ajaib cucu aneh je  dia ni…
“Hai dik.. cantik baju. Mana celup?” soal abangku tiba-tiba.
“Ot punya…” senang je aku jawab sambil minum air.
“ Arel punya ar… Bukan aku.” Selamba je Ot cakap, sampai tersembur air yang aku minum dekat baju abang aku. Nasib baik tersembur dekat abang sendiri, kalau tersembur dekat orang lain. Mahu malam ni kena kubur hidup-hidup.
“Adik ni pengotor ar.. ada ke sembur dekat abang. Sembur ar dekat Arel tu.Nasib baik sikit je.. Wei.. aku pergi toilet dulu tau…” Rungut abangku sambil berlalu pergi tetapi yang tak bestnya sempat lagi dia bagi cubitan bapak ketam dekat muka aku. Sempat aje abang ni.. Aku pandang Arel, patut ar baju kita orang sama warna rupa-rupanya dia punya baju. Macam mana dia ada baju perempuan pulak.. Isk.. Bahaya ni. Lepas ini, kena tanya Arel pasal baju ni.
“Kau nak apa-apa lagi.. Kalau nak.. aku ambikkan.” Tuturnya lembut. Tak lah lembut macam pondan tu tapi suara serak-serak basah dia memang sweet je bunyinya… Sedap ar halwa telinga aku dengar.. Punya banyak makanan dia letak dekat atas pinggan aku. Tak nampak ke aku ni macam lidi je bukan macam gajah… macam mana ar nak habiskan semua makanan ni.


“ Kita teruskan majlis kita dengan pertandingan tradisi sekolah kita. Kita akan mencari 10 pelajar perempuan untuk diundi sebagai pelajar paling anggun dan 10 pelajar lelaki untuk anugerah pelajar paling kacak pada malam ini. Pelajar-pelajar yang bertuah pada malam ini akan ditarik oleh guru-guru yang telah dipilih oleh kami. Antara guru-guru yang akan menarik kamu ialah cikgu Roslan iaitu pengetua sekolah kita, cikgu Suhaili, cikgu Mia, cikgu Susan, cikgu Lisa, cikgu Dewi, cikgu Armal, cikgu Zairi, cikgu Yazid dan akhir sekali cikgu Iqbal. Setiap guru hanya boleh menarik dua orang pelajar yang sama jantina dengan anda sahaja. Oleh itu, saya alu-alukan guru-guru yang berkenaan untuk mencari pelajar yang anda berkenan. Silakan…” ujar pengerusi majlis.
            Guru-guru sudah mula turun untuk mencari calon-calon pemenang pertandingan ini. Dua orang pelajar lelaki telah ditarik oleh pengetua sekolah kami dan salah satunya ialah Joe. First time tengok dia. Tiba-tiba cikgu Mia datang ke mejaku lalu menarik aku ke pentas bersama seorang pelajar tingkatan dua. Comel sungguh pelajar jumiorku ini. Namanya Laila. Junior ini memang terkenal dengan sifat ramah dan baiknya pada semua orang. Aku ialah orang keempat yang ditarik cikgu ke pentas.  Selepas itu, Shah dan Arel juga menyusul jejakku ke atas pentas kerana di tarik oleh cikgu Yazid. Ely dan Tasha juga naik ke pentas selepas di tarik oleh mama Lisa. Dah mak cik sendiri mesti ar tarik anak buah dengan sekutu anak buah tersayangnya. Macam tak adilpun ada gak. 20 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih, siapakah pemenangnya malam ini….?
            “Dua puluh pelajar telah dipilih, siapakah yang akan menjadi pemenangnya? Sekarang tiba masanya untuk pelajar-pelajar sekalian mengundi. Anda diminta menjerit dengan kuat bagi pelajar yang anda rasa patut menang. Pelajar yang mendapat jeritan paling kuat akan dinobatkan sebagai juara. Sedia?” soal pengerusi majlis semangat.
            Seorang demi seorang calon mendapat jeritan dari pelajar-pelajar di dalam dewan. Kuat jeritannya hampir sama bagi setiap pelajar. Tak tahu siapa yang akan menang. Keputusan ialah muktamad.
            “Akak, mesti akak yang menang. Akakkan anggun..” puji junior yang ditarik bersamaku oleh Cikgu Mia.
            “Haha.. akak rasa Laila ar… Laila anggun lagi elegan tau.”pujiku pula.
            “Jangan nak mimpi.. I yang akan menang. You all berdua jangan perasan.” Sampuk Ely tiba-tiba. Apsal minah ni, orang bukan bercakap dengan dia. Dia pulak yang menyibuk.
            “Keputusan telah berada di tangan saya…. Pelajar yang telah mendapat jeritan paling kuat pada malam ini ialah….”




           
  





No comments:

Post a Comment